Tahniah DPM Netballers!

02/10/2017

netball.jpg

Tahniah uolls, dapat tempat kedua untuk Netball Tournament 2017 di JMF Camp Court, tak sia-sia korang berlatih hari-hari. Harap Ummi pun istiqomah dapat join training hari-hari supaya Ummi cepat kurus ekekeke. Ok, Ummi tak main pun, baru je training semula badan berat lagi tak fit hehehe. Alkisah bila Ummi tak main, ada la orang tu meleleh air mata nak Ummi main bola juga. Berdrama sekejap dalam kereta.

Kami tiga beranak sampai memang dah hujung-hujung tournament. DPM Netballers (aka Kacang Rebus) tengah bertarung untuk final. Alhamdulillah, dari 8 team diorang dapat tempat kedua. Ok la tu kan.

Pemain tempelan nak juga selit mula hehehe.

Majlis penyampaian hadiah.. tahniah uolls! Ada budak baju belang tu sibuk juga nak menempel sebab dia kata nak keropok dalam hamper hahaha. Aduhaiii anak siapa la tu.

Budak excited ni ha.. nenek ajak posing.

20170930_120052-01.jpeg

Nah bagi peluang pegang medal sorang satu.

Fefeeling nak bergambar anak beranak. Sekali ada Makcik Nita cat walk belakang tu ha.

Percubaan kali kedua.

Ehhh ada anak-anak tambahan kat belakang hahaha.

Wefie dengan geng-geng lain, Leya, Aien, Ekien dan Mamie.

Ok last but not least, sebelum balik Leya, Asiah dan Nita. Lepas settled penyampaian hadiah kami tiga beranak pun bergegas makan sebelum ke SJK Foon Yew 3, Larkin.

Chaiyok2 untuk DPM Netballers. This week ada friendly match dengan team kastam. Petang ni insha Allah kita turun berlatih ya. Kalau ada team netball yang nak friendly dengan team kami boleh je. Roger-roger ok.

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    02/10/2017 at 5:14 pm

    Assalamualaikum.hernee…bestnya teringat dulu2 punya cerita….

    1. Hernee Nazir

      02/10/2017 at 5:15 pm

      waalaikumussalam ma..mama player netball gak ke?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: