DDHN – Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Mudah

DDHN – Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Mudah

Resepi mudah! Main campak-campak. Pejam mata pun boleh masak ekeke. Saja je nak share mana tahu resepi cincai ni membantu surirumah yang ketandusan idea nak masak.

Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Mudah

Bahan-bahan:

1 cekak sayur kailan
2 sudu isi ikan sepat masin yang dipotong kecil (stok ikan sepat je yang ada haha)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air|
Minyak masak

Cara-cara Memasak:

Basuh sayur kailan dan potong. Β Potong kecil ikan sepat. Ummi guna ikan sepat sebab itu je stok yang ada di rumah hehe. Cincang halus bawang putih. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih, masukkan sos tiram, tambah air. Kemudian masukkan kailan dan akhir sekali masukkan ikan sepat masin. Siap!

Video pendek yang sempat dirakam walaupun Syamil dah start merengek.

Taraaaa.. inilah Kailan Ikan Masin versi Ummi Ilhams. Tak bubuh cili hidup sebab lupa kahkahkah. Asal boleh je. Tak ada cili hidup pun tetap boleh dimakan. Inilah antara menu paling jimat masa memasak. Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor β™₯ Product Review β™₯ Food Review β™₯ Media/ Events β™₯ Advertorial β™₯ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “DDHN – Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!