Budak Demam Mengidam Tomyam

27/09/2017


Abang Ilham demam lagi. Lepas Babah balik kerja kami ke klinik. Ummi ponteng masak padahal balik main netball dah siap-siap beli ayam hehe. Abang Ilham kata nak makan tomyam, jadi lepas ke klinik kami ke Barami Seafood. Sedih je muka orang demam tu kan. Serba tak kena.

Ini muka budak sihat hehe. Marah Ummi snap gambar dia. Alhamdulillah banyak dia makan.

Gambar tomyam dan lain-lain Ummi terlupa nak snap. Ummi cuma snap makanan pertama yang sampai je. Favourite Ummi dan Babah, kerabu mangga. Sedap! Bila entah nak buat kerabu mangga sendiri hehehe. Ok lah itu je nak bebel malam ni. Ummi nak tidur awal, mata dah bahai digam-gam ni. Good nite!

Share this nice post:

2 Comments

  • Azhafizah

    28/09/2017 at 11:52 am

    demam-demam lah boleh mintak makan macam-macam kan. Alahaii sedap segala menu tu.

    1. Hernee Nazir

      28/09/2017 at 3:36 pm

      hehehe tu la manja overdose..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: