Resepi Mango Ice Blended Mudah

26/09/2017

Lepas dari Ummi buat Smoothie BRANDS® Berry Essence Dengan Mangga Segar & Chia Seed, terus je timbul idea nak buat Mango Ice Blended sebab ada lebihan mangga tu. Kelentang kelentung sesorang kat dapur. Taraaaaaaaaaaa siap!

Jom tengok resepi.

Resepi Mango Ice Blended

Bahan-bahan:

1 biji mangga (ambil isinya dan sebahagian lagi dipotong dadu)
½ cawan susu segar
½ cawan kiub ais

Cara membuat:

Kisar ais, susu segar dan mangga. Masukkan ke dalam gelas dan susun hirisan mangga diatasnya. Siap!

Nahhh kasi kecur sekali lagi hehehe. Bila duduk rumah ni ada je benda nak dimakan dan dimasak aduhaiii. Besar sungguh dugaan. Ok, korang kalau nak buat sejuk-sejuk tekak ni boleh la cuba buat Mango Ice Blended. Gerenti sejuk tekak!

p/s Abaikan typo ejaan manggo tu ya.. yang sebenarnya MANGO. Nanti Ummi adjust gambar.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: