DDHN – Menu of The Day 260917

Dari Dapur Hernee Nazir

Balik dari training netball, gigih Ummi bersilat di dapur. Ikut badan yang penat ni malas je nak masak, tapi tak sampai hati pula. Sebenarnya tak ada idea nak masak apa. Main beli je ikan, udang dan bahan-bahan lain. Sampai rumah akhirnya Ummi buat keputusan untuk masak Asam Rebus Ikan Kembung dan Udang Goreng Kunyit.

Ummi memang jarang masak menu asam rebus sebab tahu yang Babah tak berapa suka asam rebus. Dia lebih suka asam pedas. Hari ni kita biarkan tiga beranak tu ikut tekak Ummi hahaha.

Oleh kerana dalam udang goreng kunyit dah ada kacang panjang, cauliflower dan carrot jado Ummi tak payah masak sayur lain. Kiranya menu ni 2 in 1 gitu hahaha. Nak masak pun kena ada “politik dalam memasak” ekekeke.

Siap makan tadi kita ke Horizon Hills COD Omega Guard untuk loyal customer Shaklee Ummi, Kak Linda. Siapa-siapa nak selit order boleh PM Ummi ya. Eh sempat lagi promote hahaha.

Ok, korang masak apa tu?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!