DDHN – Menu of The Day 200917

Dari Dapur Hernee Nazir

Balik kerja salin-salin baju terus ambil dua orang hero kecil ni dan menuju ke masjid. Ehhh.. Ummi join netball la ekeke. Saja nak meringakan sikit badan hehehe. Balik rumah tak tahu nak masak apa. Nak ponteng masak adalah tidak wajar kerana semalam dah ponteng masak hahaha.

Jadi menu ni je yang mampu Ummi masak walaupun agak terlambat siap sampai Babah dah balik belum siap masak.

Menu pertama, sambal telur pecah. Dua biji telur je sebab Ummi dan Babah je yang layan. Abaikan minyak yang berlandung tu ya. Memang saja nak bagi telur tu berenang-renang dalam minyak ekeke.

Menu kedua, kari ayam. Ada baki sikit esok boleh buat sarapan Babah sebelum pergi kerja. Roti gardenia cicah kuah kari. Kalau ada lebih lagi boleh la Ummi bawa bekal pergi kerja hehehe.

Ok itu je yang Ummi masak. Bila semua bahan kisar ada stok memang mudah kerja Ummi. Campak-campak dalam kuali siap! hehehe. Korang masak apa hari ni?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!