Dari Dapur Hernee Nazir, Recipes

DDHN – Resepi Mudah Sayur Kobis Goreng Dengan Sotong REX

Sebenarnya Ummi tak tahu nama sebenar masakan ni. Sebab dengan mak dulu mak sebut kobis sotong tin je hahaha. Jadi Ummi bedal je la bubuh nama “Resepi Kobis Goreng Dengan Sotong REX”

Korang kenal tak Sotong REX yang mana satu? Haaa tu haaa yang tin oren tu, nama rasmi dia “Seasoned Cuttlefish with Soya Bean Sauce”. Semalam Ummi beli tin kecil je. Almaklumlah yang beriya makan Ummi sorang je pun. Babah makan tapi tak beriya kahkahkah.

Resepi Mudah Sayur Kobis Goreng Dengan Sotong REX

Bahan-bahan:
1 tin Seasoned Cuttlefish with Soya Bean Sauce
Separuh kobis saiz kecil
3 ulas bawang putih (nak lebih pun lagi sedap)
1/2 bawang besar
1 batang lada hidup
minyak masak
sedikit air (jika perlu)
garam

Cara-cara memasak:


  1. Basuh sotong dan potong kecil.

2. Kobis juga dipotong-potong ya puan-puan. Potong la ikut suka korang hehe.

  1. Potong mayang tiga bahan di atas. Gasak la korang nak potong mayang gaya camana pun. Janji masuk perut dah kunyah-kunyah nanti dia hancur juga hehehe.

4. Panaskan minyak, tumiskan lada dan bawang-bawang. Kemudian masukkan cik sotong. kacau-kacau sekejap dan masukkan kobis. Biarkan dia bergaul-gaulan di dalam kuali dan masukkan garam secukup rasa. Tambah sedikit air jika perlu. Ummi masak tak pakai pak aji ke mak aji ya. Kalau korang guna bubuh je la ikut sukatan korang.

5. Taraaaaaa.. dah siap dihidang. Bolehlah dimakan bersama nasi panas. Dijamin sodap. Cubalah!

Inilah lauk legend kami anak beranak. Ehhh rindu air tangan arwah mak sesangat. Kalau rasa nak makan masakan macam arwah mak kena la usaha sendiri. Kalau tak kita kerah Mommy Ngah masakkan hehehe. Terubat sikit rindu air tangan mak.

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “DDHN – Resepi Mudah Sayur Kobis Goreng Dengan Sotong REX

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *