DDHN – Menu of The Day 180917

18/09/2017

Menu hari ini. Masak dua jenis je. Eh macam la hari-haru Ummi masak 5 jenis lauk ek hahaha.

Lauk pertama, ayam masak gulai lemak. All time favourite arwah mak suka masak. Senang je masaknya. Bahan-bahannya macam nak buat asam pedas cuma kurangkan lada. Tumis bahan-bahan macam biasa, masukkan ayam dan air asam. Lepas tu bubuh santan dan serai.

Lauk kedua, lauk arwah suka masak juga. Kobis goreng dengan sotong tin Rex. Fuhhh ni memang favourite kami anak beranak. Ayah suka mak masak macam ni. Nostalgia sungguh lauk Ummi malam ni.

Lauk tambahan, Mommy Ngah bagi ketam masak lemak kegemaran anak-anak buah dia. Memang senyum lebar la dua-dua dapat lauk kegemaran. Alhamdulillah kenyang. Nanti Ummi share resepi kobis goreng dengan sotong tin Rex gaya Ummi ya. Stay tuned!

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: