Breakfast of The Day 170917 – TQ Uncle Man

Plan pagi ni nak bersarapan pagi berjemaah dengan Nenek, Mommy Ngah dan Mama Cu. Tapi yang muncul cuma Mama Cu je. Lagi dua orang janji dicapati hahaha. Syamil.muka mengantuk kena kerah bangun pagi hahaha.

Nun dihujung warung Mak Idah anak beranak tengah menanti makanan diorang. Sempat la Ummi menjemah ke meja diorang tu sambil membahan Lukman nak order roti canai frozen hahaha. Lepas tu kami pun duduk la kat meja depan ni ha.

Ummi order roti tampal goyang sekeping. Syok makan bertiga nampak macam tak cukup order sekeping lagi roti kosong sementara menanti lontog kering sampai.

Taraaaaa dah sampai dah lontong kering. Mama Cu pun order yang sama tapi dia ambil ayam masak merah, Ummi Babah ambil rendang daging. Nyumssss sedap. Tengah syok makan tetiba akak tu datang dengan kalkulator kira-kira apa kami makan. Dalam hati berkata “eh bila masa pula la aku panggil suruh kira”. Tapi tak tanya pun kat kakak tu. Cuma cakap dengan Babah mungkin tak cukup pekerja dia nak kira siap-siap nanti senang.

Rupa-rupanya ada rezeki hari Ahad. Lukman belanja kami sarapan hehehe. Thanks la ya Lukman. Semoga dikurniakan rezeki yang halal dan berkat. Belanja sarapan ni tetap tak boleh cover hutang roti canai frozen tu eh. Order tu tetap on hehehe. Ni kalau Fuza tahu ni mesti makan hati hahaha. Lepas sesiap sarapan kami ke klinik sekejap bawa Babah kaki injured masa training volleyball semalam. Nasib tak ada yang serious. Balik rumah terus la masak untuk lunch. Lunch apa? Next entry ya.

Share this nice post:

One Reply to “Breakfast of The Day 170917 – TQ Uncle Man”

  1. comelnyaaa diaaaa.. hehe

Leave a Reply