Mini Sukaneka Cucu-cucu Atok Tipah

Tajuk tu macam beriya sangat haha. Padahal ni plan Ummi dan Mak Long saja-saja nak melayan anak-anak buah yang masih boleh bersukaneka. Yang lain-lain dah bujang besar panjang tak ada maknanya diorang nak layan hahaha. Jadi Ummi yang sudi cuma Kakak Umi, Wahida, Nabilah, Aiman, Ilham dan Syamil. Arsyad tak join sebab tidur hahaha.

Game pertama, leret bola berhalangan. Asal boleh je tajuk. Mak Andak siap belikan diorang toys set golf. Ada dua group, group Kak Umi dan Wahida. Masa ni Ilham belum balik Babah bawa ronda naik motor. Game ni group Wahida & Nabilah yang menang.

Orang belum start main tiup tepung dia dah comot. Memang nak minta Ummi simbah tepung. Marah dia bila muka dah comot macam ni hahaha.

Game kedua, masih dalam group yang sama, main tiup tepung dan cekut gula-gula guna mulut bergilir-gilir hahaha. Sebenarnya saja je nak bagi diorang tu berkubang dengan tepung hahaha. Group Aiman dan Umi pemenang untuk game kedua.

20170901_181436-01

Bersungguh masing-masing meniup tepung hahaha.

Sudahnya habis muka ha hehehe. Padan muka korang. Yang kat belakang tu tengah mendengki main air dalam botol.

Adik Syamil jadi penonton je. Abaikan muka Ummi yang tak semenggah haha.

Budak sorang ni dah mengamuk haha. Dia syok simbah-simbah orang dengan air. Ummi simbah dia dengan tepung dia marah haha.

Adik dengan muka tak bersalah tetap jadi mangsa. Ini sebelum dia kena simbah dengan abang.

Sempat lagi wefie ramai-ramai.

Dia dah bermaharajalela nak simbah orang dengan air. Semput Ummi kena kejar hahaha.

Lepas tu kami main baling-baling belon. Dalam belon tu dah diisi air. Nasiblah siapa yang tak sambut basah la kalau belon meletop hahaha.

Beriyakan memasing. Enjoy! Ummi pun macam kanak-kanak ribena.

 

Sekali-sekala melayan anak-anak buah. Lepas penat bersukaneka kami pun melepak di veranda ambil angin hehe. Esoknya Ummi ajak geng 3 bunga main-main facil treatment gitu hahaha. Nasiblah diorang ni ok je. Lepas tu kita main rebut kerusi dan main getah hehe. Itulah cerita mini sukaneka kami. Saja praktis nanti nak plan betul-betul dengan Mak Long kita kumpul semua sekali. Ok, that’s all. Babai!

Share this nice post:

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: