DDHN – Menu of The Day 130917

Semalam ada orang merajuk tak nak makan sebab Ummi tak masak ketam. Hari ni Ummi tunaikan janji. Nasiblah ada ketam tau kalau tak sambung merajuk lagi jawabnya. Memang ada drama air mata la kat meja makan.

Siapa yang merajuk? Adik Syamil la yang merajuk tu. Abang Ilham faham dah bila Ummi kata esok dia terus meraung. Ummi nak masak ketam masak lemak lagi tapi Abang Ilham nak Ketam Sambal. Hmmm.. suka hatilah. Memang berpeluh la kepala Syamil tu nanti.

Lauk lain, Ummi goreng ikan siakap separuh cicah kicap potong cili padi bawang perah limau. Itu je la menu paling mengenyangkan perut Ummi ehhhh. Malas nak masak sayur hehehe.

Ummi nak carikan budak berdua ni ayah angkat nelayan senang boleh dapat makam ketam selalu hahaha. Ada siapa-siapa sudi ambil The Ilhams jadi anak angkat? hahaha.

Share this nice post:

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: