Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Menu of The Day 100917

Menu kami hari ni. Ummi gagahkan masak walaupun badan rasa nak roboh penat tak habis melayan hero-hero semalam. Kekonon nak buat live update tapi tak mampu hahaha.

Semalam ada yang request nak makan lauk ketam yellow. Jadi gigih la Babah je Kg. Baru Pendas cari ketam. Tapi sedih ketamnya halus je.

Taraaaa.. ketam masak lemak.

Dibantu oleh sayur chap chai cincai boncai. Asal boleh sumbat bahan yang ada dalam peti sejuk.

Akhir sekali lauk kita hari ni, ikan cencaru bakar cicah kicap potong cili padi, bawang dan perah limau. Limau kasturi tak ada stok jadi Ummi bedal je la limau nipis haha janji anak beranak limau. Kena kreatif di dapur ecehhhh poyo.

Ok itu saja, tengah tunggu Ilham balik sekolah nak makan berjemaah. Jemput cuci mata hehe.

Share this nice post:

Comments

comments

3 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 100917

  1. sedapnya menu kak hernee.. kite dah collapse semalam.. sampai ke petang. lunch pun husband tapau jer.. penangan legoland sungguh ni.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *