Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan – Kekuatan Asma’ul Husna

Agama Parenting Tips

Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan – Kekuatan Asma’ul Husna | Sharing dari group whatsapp. Semoga menjadi panduan ibu ayah. Sebagai rujukan untuk Ummi dan Babah Ilhams juga.

Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan - Kekuatan Asma'ul Husna

Kepada ibu bapa yg beragama Islam ada anak nak menghadapi peperiksaan, amalkan zikir ini. Perkongsian bersama dari Ustazah Norhafizah Musa. Jadikan amalan sepanjang anak-anak menghadapi peperiksaan. Semoga sekecil-kecil usaha ibu bapa dipandang mulia oleh Allah S.W.T dan diangkat dan dimakbulkan segala doanya untuk anak-anak.

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan anak-anak kita, diterangkan hatinya, dipermudakan untuk menjawab segala soalan-soalan yang dikemukan. Semoga anak-anak kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan – Kekuatan Asma’ul Husna

Kekuatannya dari Asmaul Husna

Ustazah Norhafizah Musa – Kekuatan Asma ul Husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam

1. Allahumma 1x

Ya Alim Ya Hakim
Ya Roshid. 40x

Bicara hati:
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

2. Allahumma 1x
Ya Zohir 40x

Bicara hati:
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

3. Allahumma 1x
Ya Fatah 40x

Bicara hati:
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

4. Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x

Bicara hati:
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini

Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi

Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang.

Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah.

Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum.

Pastikan anak-anak berwudhuk semasa ke sekolah. Kalau batal takpe..

Mak ayah kena istighfar juga sepanjang exam ini

Mudah-mudahan perkongisan ini dirahmati Allah.

Buat semua calon peperiksaan tak kiralaha apa jua peperiksaan, Ummi Ilhams doakan kalian semoga beroleh kejayaan cemerlang.. Good luck and all the best!

BACA: Doa Khas Perlindungan Daripada Bala & Wabak COVID-19

Loading

Related Posts

22 thoughts on “Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan – Kekuatan Asma’ul Husna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!