Foods Review

Sarapan Pagi Di Warung Nasi Lemak Hussain Ayam Berempah, Bandar Baru UDA

Cerita lepas yang terkandas dalam draft hahaha. Masa ni ikut Nenek hantar Mak Wee pergi sekolah. Sementara nak tunggu Maybank buka, kami bersarapan pagi di Warung Nasi Lemak Hussain Ayam Berempah, Bandar Baru UDA. Ummi tak pasti la nama penuh warung ni. Ini pun skodeng nama pada t-shirt pakcik pekerja kat situ hahaha.

P_20170817_084213_vHDR_On

Warungnya belakang kedai-kedai kat UDA tu. Orang UDA mesti tau tempat ni. Yang penting makanannya sedap dan banyak pilihan lauk pauk untuk dimakan dengan nasi lemak.

P_20170817_081953_vHDR_On
Nah Ummi belanja nasi lemak yang Ummi makan berlaukkan kupang sambal, paru sambal dan aksesori biasa nasi lemak kacang tanah goreng dan ikan bilis. Sedap yang amat hoi. Kalau nak kuah sup pun ada disediakan. Ummi jamah je kuah sup tu sebab macam tak pandai pula nak makan dengan nasi lemak hahaha. Tapi seriouslah sedap sesangat. Korang cubalah kalau belum cuba. Orang memang ramai beratur. Ye la masakan sedap mestilah pelanggan tetap rajin berkunjung kan. Harga semua sengan air dalam belas-belas ringgit tak silapnya lupa dah hehe.

Next time nak ajak Babah ke sini lagi. Amboi jauh ko nak sarapan Hernee hahaha. Okbai!

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *