Riadah Petang Bersama The Ilhams

Quality Time With Ilham

Cerita Ahaddddddd lepas. Cerita Puteri Harbour yang tak habis-habis. Sila bertabah. Lepas isi perut di Old Town White Coffee kami merayau-rayau ke kawasan ni. Ummi nak bubuh nama apa pun Ummi tak tahu.

Skodeng dari jeriji besi dulu haha.Ramai sangat pengantin buat outdoor photoshoot kat sini. Sempat Ummi kira-kira ada dalam 6 pasangan haha.

Punya la seksa nak ajak bergambar kat sini hoi. Memasing dah tak sabar nak explore sebab kami memang tak pernah lagi cuba untuk berposing kat kawasan ni. Buluh-buluh tu pun dah pudar warnanya haha.

One more baby! hahaha. Cantik arca ni diperbuat dari besi-besi terpakai. Kreatif sungguh.

Yang ni Ummi tak tahu bentuk apa diperbuat dari buluh. Cantik kan. Memang sesuai la tempat ni jadi lokasi outdoor photoshoot pengantin sekitar Johor Bahru. Ummi tak perasan Babah ada tak shoot gambar customer dia di kawasan ni.

Jenuh juga nak tunggu pengantin ni siap. Babah sempat jumpa geng photographer lagi. Ummi sebenarnya nak bergambar kat sini tapi tak kesampaian. Next time maybe.

Kat tangan ni pun tak dapat bergambar sebab pengantin beratur haha.

Yang ni kosong tapi bebudak tak nak ke sini dah merengek nak pergi taman permainan. Ummi snap dari jauh je. Nampak macam bentuk landak. Eh ye ke? hehe.

Area sini pun Ummi suka.

Sini je sempat posing dua beranak. Sorang lagi jual mahal.

Hai saya ibu buluh betong haha.

Nampak tak usaha Babah nak suruh Ilham tengok kamera haha.

Kasi can lah Ummi selfie di pokok  buluh yang merimbun ni. Ampunkan muka yang flawless tu. Front camera tengah baik hati.

Dulu Abang Ilham masa baby Babah ada buat photoshoot kat sini. Masa adik Syamil Babah hilang ingatan nak buat post yang sama. Jadi Babah cover balik kekhilafan tu dengan bergambar dengan Syamil di background yang sama walaupun costume baju tiger adik dah tak muat ekeke.

Kasi can lah Ummi Babah nak wefie. Gebu gebas ko muka weolls haha. Nampak benor menipunya.

Cik abang ni dah selamat menginja kat taman permainan.

Adik tu menangis tak nak turun gelonsor haha. “Amil takut la” kata dia.

Ok Babah layan diorang. Ummi duduk ambil nafas kejap hehe.

Puas main gelonsor diorang cuba memanjat tapi abang Ilham surrender tak nak. Dia kata takut jatuh. Babah memang suka suruh anak-anak dia memanjat. Memanjat memang bagus untuk perkembangan motor halus dan motor kasar anak-anak. Tapi haruslah di bawah pengawasan ibu bapa. Agak-agak dah nak ke jam 7pm kami pun bergegas balik.

Haaaa.. dah penat sangat. Baru masuk kereta kejap dia dah senyap. Bila Ummi tengok ooo dah sampai lala land dah dia. Abang masih bertahan lagi kat belakang. Ummi suka kalau beriadah dengan diorang macam ni. Bila dia dah penat sangat tidur pun cepat dan lena. Memang kes terbongkang sampai pagi haha.

Ok, itu saja cerita kami. The Ilhams ni tengah tak sabar menghitung hari nak berjimba di Legoland Sabtu ni. Yeeeeehaaaaa. Marilah kita merentungkan diri seharian di water park dan theme park. Siapa-siapa ke Legoland nanti jangan lupa say hi! kat kami anak beranak ya. Geng JDT Blogger lain pun ramai kat sana tau. Dah macam mini gathering JDT Blogger dah Sabtu ni. See you there!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!