Sarapan Pagi Dengan Burasak & Lepat Lui

05/09/2017

Rezeki hari ni. Menu sarapan pagi kita ditaja sepenuhya oleh Mak Midah, mak kepada Yap. Menu hari raya gitu. Menu tradisi orang Bugis apa lagi kalau bukan Burasak dan Lepat Lui/ Luih/ Lueh. Arwah Mak orang Bugis tapi kami tak reti buat burasak mahu pun lepat lui hehehe. Dulu mak memang tak pernah lupa masak asam pedas/rebus ikan parang. Fuhhh memang meletop. Walau tak ada burasak, kami tetap makan asam pedas ikan parang tu dengan ketupat hehe.

Korang kenal tak mana satu burasak, mana satu lepat lui? Nahhh sila belek gambar kat atas tu. Yang kanan burasak bentuk leper, yang kiri lepat lui ada bentuk tiga segi.

Nahh info mengenai Burasak.

Burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Burasak disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Burasak mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis.

Credit: Wikipedia

Burasak Ummi makan dengan asam pedas ikan parang Mak Midah. Ya ampun sedapnya. Makan sambil pejam mata. Macam dah lama tak merasa burasak dari kampung arwah mak kat Teluk Kerang. Dulu tiap kali raya mesti makan burasak masakan makcik-makcik kat sana.

Lepat lui pula Ummi makan dengan kari ayam. Fuhhhh, merecik peluh hahaha. Alhamdulillah rezeki air tangan Mak Midah. Kenyang perut staff-staff Marine Services Department.

Thanks Mak Midah sudi belanja kami makan burasak dan lepat lui. Thanks anak kepada Mak Midah yang sudi tolong bawakkan hahaha. Kalau ada buat kelas membuat burasak dan lepat lui sila bagitau ya, Ummi Ilhams nak join haha.

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    05/09/2017 at 3:34 pm

    assalamualaikum hernee…asam pedas ikan parang tu yg sedapnya…

    1. Hernee Nazir

      06/09/2017 at 10:52 am

      waalaikumussalam ma.hehehe sedap masakan mak2 sama mcm air tgn mama hehehe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: