Majlis Tahlil Anak Beranak

Family In Law

Cuti panjang sempena hari merdeka dan hari raya aidiladha kami berkesempatan membuat majlis tahlil anak beranak. Hari Khamis masing-masing dah berkumpul di rumah Atok Tipah. Lepas solat Asar bacaan tahlil bermula.

Tengoklah anak-anak Babah tu, semuanya nak menempel kat Babah.

Anak-anak buah yang dah meningkat remaja. Terasa makcik dah tua sesangat sebab 9 tahun lepas diorang semua ketot-ketot lagi. Sekarang semua dah tinggin menunjang hehehe.

Menu selepas tahlil, ditaja oleh Pak Teh taukey ayam dan sotong king. Memang favourite Ilham tu. Tak sabar-sabar dia nak makan “kaki sotong” ahaha.

Nampak tak anak buah dengan pakciknya dah sama tinggi.

Assistant-assistant Pak Teh tolong goreng ayam dan sotong.

Korang, orang-orang Senggarang boleh dapatkan sotong king ni di sebelah farmasi Senggarang ya. Dijamin sodap!

Sesi makan bermula. Atok Tipah, Mak Long, Mak Andak dan geng 3 bunga hehe. Ramai-ramai cucu Atok Tipah, 3 orang ni je la yang bunga. Lain semua kumbang, ada 13 orang.

Syok makan ramai-ramai. Gambar makcik makan tak boleh tunjuk sebab makan banyak hahaha.

Kek susu tu geng 3 bunga yang buat tau. Nanti makcik buat entri khas untuk diorang.

Ini tiga dari lima hero-hero Atok Tipah, Pak Teh, Pak Cik dan Acu. Muka memang sepesen je hehehe.

Selfie muka kekenyangan dari makcik. Kita nak snap rupanya orang belakang tengah syok bergambar.

Jom zoom in menu.

Sotong king dan ayam yang berempah ada, yang bercheese ada, yang bersos blackpepper ada. Hoiii semua sedap.

Yang ni chicken ball. Pun sedap dah makan menyesal termakan banyak ehhhh.

Orang syok makan dia syok petik bunga si Syamil ni. Bergambar dengan kakak-kakak sepupu pun pegang bunga. Habis la pokok bunga atok togel dikerjakan dek Syamil.

Lepas tu dia ajak Ummi bergambar. Ummi layankan je.

Erti merdeka yang sebenar, bila The Ilhams dapat bebas main tepi parit hahaha. Gasak la nak oi, dari korang belek handphone baik korang main parit.

Ehhh “Anak Siapa Ni?” hahaha.

Kekonon nak suruh orang teka ke main tutup muka macam tu.

Ni lagi sorang, asyik nak tuju ke parit. Nak tengok fish kata dia. Anak siapa entah hehehe. Lepas makan-makan, anak-anak buah yang bujang tolong clearkan khemah semua. Sempat juga ronda kampung naik motor hehehe. Aktiviti malam main teka-teka dengan geng 3 bunga hahaha. Makcik kembali ke zaman remaja kejap ekekeke.

Ok, banyak lagi aktiviti kat kampung nak share. Tunggu next entry ya.

Related Posts

6 thoughts on “Majlis Tahlil Anak Beranak

  1. kaki sotong tu apa? sesungut ke? saya suka sotong king..sedap..goreng tepung pastu potong-potong kan..sedapnya lahai..

    1. kepala sotong tu mar..badan sotong dia tak layan..hari ni nak beli sotong lumur dgn tepung bestari..dia suka..janji macam sotong pakteh kata dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!