Aidiladha 2017

Entri hari raya Aidiadha yang terlambat. Mood blogging kelaut dalam fuhhh. Malas sangat nak menaip. Raya haji tahun ni turn PJ. PJ bukan Petaling Jaya ok, tapi Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat hahaha.

Ikutkan Ummi malas nak pakai baju raya kat rumah je tak kemana pun. Tapi Abang Ilham berusaha memujuk Ummi pakai baju raya sebab dia nak ajak bergambar ramai-ramai. Bila Ummi dah siap dia merajuk pula, dia nak semua orang dalam rumah tu pakai baju raya dan bergambar ramai-ramai. Makanya orang lain yang lelaki dah salin baju melayu yang makcik-makcik dan kakak-kakak sepupu malas nak berbaju raya, takkan Ummi nak paksa diorang. Kita berempat beranak je la sakan melaram haha. Ambil juga gambar kenangan walaupun yang request dah mogok tak nak tengok camera.

Rambut Babah pun serabai. Bila pujuk-pujuk dapat la seketul gambar dia bertiga ni.

Ni masa awal pagi. Mood ok lagi sambil tunggu bila Ummi nak palai baju raya hahaha.

Ini menu kami. Nasi impit daun pisang, rendang daging nismilan, lodeh dan ayam goreng. Dah biasa makan ada ayam merah tetiba tak ada merah rasa lain pula hahaha. Makan je janji sedap rendang Mak Long tu tak cukup rasa hehe.

Petangnya kami beriadah depan rumah. Makcik dan Mak Long layan anak-anak buah yang ada. Next entry Ummi share ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Aidiladha 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *