Wednesday’s Lunch – Mencuba KFC Cheezy Romano Crunch

Geng Makan

Hajat tekak kami tak kesampaian. Pukul 11 lebih beriya Ummi call Boat Noodle nak book meja. Sekali tak berangkat, call nombor handphone boss dia kata diorang dah cuti raya haji sampai 5 Sept hahaha. Padan muka. Maka terbayang-bayanglah boat noodle tomyam di ruangan mata. Terus je tukar plan lunch di KFC R&R Gelang Patah Arah Selatan.

Kali ni Ummi tak lupa ajak Babah hahaha. Hamboiii pipi dua-dua macam kuih pau. Pau sambal ke pau kacang merah? hahaha. Nampak tak lesung pipit Babah tu, itu lah yang Syamil dah warisi hahaha. Tapi Syamil versi double kiri kanan hehehe. Eh sorry ni entri pasal makan bukan pasal lesung pipit anak beranak haha.

Sibuk tengok iklan tapi tak cuba pun. So hari ni kita order KFC Cheezy Romano Crunch. Alaaaa ayam spicy biasa je cuma tambah cheese hehehe. Lebih kurang cheese kat cheezy wedges tu ja.

Makcik berdua ni dah sampai awal.

Kitorang lewat sikit. Ummi dah siap beli tapi bersabar tak sampai hati nak makan beriya sebab 3 orang lagi geng makan tengah gigih beratur hehehehe.

Ok memasing dah dapat makanan. Su tu sampai terlupa cheese dia tercicir ke mana hahaha. Lapar sangat ke sebab tak sabar nak bercuti.

Ok kena dera sebelum makan. Sila tengok kamera dulu eh hahah. Eleh Yap tu acting, padahal dalam mulut penuh ayam. Siap makan jeling jam dah pukul 2pm hoi. Pulanglah ke pangkal jalan sambil menghitung detik waktu nak balik rumah tak sabar nak cuti.

Happy longggggggggg weekend uolls!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!