DDHN – Menu of The Day 290817

30/08/2017

Menu malam ni. Dua lauk je la nampak ya. Satu lauk lagi ikan kembung goreng tawar cicah kicap potong lada bawang perah limau tak ada dalam gambar hehehe. Babah cakap nak ikam seliap, malangnya tak ada pula kat kedai tadi. Ikan kembung pun boleh la sedap je.

Ummi beli udang sikit dan petai satu pack. Pasghah je la petai tu je yang ada. Memang otak terus set nak masak Sambal Tumis Udang Petai.

Nah Resepi Sambal Tumis Udang Petai.

Bahan bahan:

20 ekor udang
1 biji bawang besar -dikisar
4 ulas bawang putih -dikisar
2 senduk cili kisar – ikut level pedas korang
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air asam jawa

Cara-cara memasak:

Tumis lada kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sesudu gula untuk mendapatkan warna sambal yang merah menyala hehehe. Kemudian masukkan bawang-bawang blender tadi. Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan seketika. Kemudian masukkan udang. Akhir sekali masukkan petai. Siap! Adjustlah rasa kot ada yang terkurang.

Ini cara Ummi Ilhams la. Kot korang ada style lain. Boleh la share ya.

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: