Menyusukan Anak Lebih Mudah Dengan Baju Menyusu Cozy Lady

Products Review

wp-image-1983020708

Terima kasih diucapkan kepada salah satu penaja utama Majlis Tautan Mesra & Support Group Meeting 2.0, COZY LADY kerana telah menaja baju menyusu yang sangat stylo dan selesa untuk semua AJK Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB). Baju menyusu yang kami dapat adalah kategori Antisoma Tulip – Purple. Sedondon pula dengan tudung raya Ummi tu kan hehehe. Sesuai dipakai dengan kain labuh, seluar mahupun palazzo.

Image result for logo cozy lady


Pertama kali menggayakan baju menyusu jenama Cozy Lady ni, memang rasa selesa sangat. Bukaan atau nursing access yang mudah dah terselindung membantu ibu-ibu untuk menyusukan anak dimana saja. Sesuai dengan tagline nya.. “Cozy Lady: Smooth Nursing Anywhere”. Kalau keluar outing dengan anak Ummi memang akan sarung baju menyusu. Memudahkan Ummi untuk menyusukan baby tua sorang tu, siapa lagi kalau bukan Adik Syamil. Ya dia masih lagi menyusu di usia 2 tahun 7 bulan. Alhamdulillah.

wp-image-2111837580

Antara faktor lain yang menyebabkan Ummi suka baju menyusu Cozy Lady? Sebabnya:

  • Wudhuk friendly – Senang nak ambil wudhuk, selak je lengan tu. Kalau rasa longgar boleh je pakai inner di dalam.
  • Material Moss Crepe (Non-Iron) – Yang ni memang ramai ibu-ibu suka rasanya. Sebab material ni tak perlu di iron. Jimat masa dan tenaga sesangat. Almaklumlah mak-mak ni, banyak sangat benda nak dibuat. Kalau iron baju ni dapat di skip dah jimat masa dari mereput depan iron board hehe. Lagi selamat kalau terbangun lambat, sambar je lah baju ni kan.
  • With Pocket – Haa ini pun penting. Mak-mak ni kadang-kadang letak wallet, handphone sepah-sepah lepas tu lupa kat mana duduknya. Kalau pakai baju ni dah ada siap poket sebelah kanan. Sumbat je lah handphone dalam tu. Kurang masalah tercicir entah kemana-mana.

Huhhh.. penat Ummi membebel, tapi seriously memang best baju menyusu Cozy Lady ni. Kainnya sejuk je dan materialnya stretchable. Banyak lagi koleksi dan pattern yang ada. Yang Antisoma Tulip ni, harganya RM65 sehelai. Ada pelbagai saiz dari saiz S hinggalah XXL. Ukuran sebenar berbeza 2 inci. Model di atas memakai saiz L kahkahkah. Mok-mok sungguh model itu.

Ok ibu-ibu boleh dapatkan himpunan koleksi baju menyusu Cozy Lady di link di bawah:

Website – www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

Facebook – https://www.facebook.com/cozyladysmoothnursinganywhere/

Instagram – https://www.instagram.com/cozy_lady/Cozy Lady

Available at Pick A Dress,6-G-01 Jalan Medan PB2A, Seksyen 9,Bandar Baru Bangi. 
Whatsapp | 014-5243488

Kot-kot ada seller yang jual baju menyusu nak Ummi buat review baju menyusu boleh email ke hernee.nazir@gmail.com ya. Jangan malu jangan segan saya makan nasi tak makan orang.

p/s Thanks Babah yang sudi snapkan gambar ni masa keluar lunch tadi hahaha.. pasghah nak layan wife kaki review haha. Abaikan mentos yang terpaksa jadi model masuk pocket kahkahkah.

Related Posts

2 thoughts on “Menyusukan Anak Lebih Mudah Dengan Baju Menyusu Cozy Lady

  1. assalamualaikum hernee…baguskan bagi ibu2 yg menyusukan anak bagus pakai baju begini lebih mudah…

  2. waalaikumussalam mama..sorry lambat reply..aah mudah sekarang.. xde alasan ibu2 tak nak menyusukan anak2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!