Bendera Negeri Johor Untuk Abang Ilham

Dapat info dari group whatsapp sekolah Abang Ilham. Murid lelaki kena bawa bendera negeri Johor untuk hiasan Hari Kemerdekaan.

Maka marilah kita membeli bendera negeri Johor untuk Abang Ilham. Esok nak bawa ke sekolah. Nanti Ummi share kalau cikgu bagi gambar hasil hiasan cikgu-cikgu PASTI nanti ya.

Abang Ilham tanya Ummi. Mana kayu nanti Ilham nak letak bendera ni. Eh. Cikgu suruh beli bawa bendera je la kayu tak payah. Dia pula menokok tambah hahaha. Mesti excited nak mengibar bendera ni hehe.

Wait & see ya!

Sedikit info Bendera Negeri Johor

Maksud 3 warna pada bendera negei Johor.

Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor.

Bahagian berwarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.

Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan rakyat.

Credit info: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *