Menu Berpantang #1

14/08/2017

Saja nak share. Nampak sangat Ummi keboringan kan hehe. Menu berpantang paling ringkas dan mudah dimasak. Masakan dimasak oleh mak-mak bidan kesayangan Ummi. Siapa lagi kalau bukan Mommy Ngah dan Mama Cu. Thanks korang sudi berkorban masa dan tenaga untuk kakak garang hahaha. Setiap kali berpantang diorang la jadi mak bidan Ummi. Walaupun diorang belum ada rezeki anak, tapi diorang ni pakar menjaga baby tau. Masak lauk pantang pun diorang terer.

Resepi Ikan Kapas Masak Singgang (versi Mommy Ngah)

Bahan-bahan:

6 ekor ikan

Asam jawa

Bawang besar **potong mayang

Bawang putih **potong mayang

Halia **potong mayang

Kunyit **potong mayang

Daun kunyit **simpulkan

Garam

Cara-cara Memasak:

Basuh bersih ikan, masukkan ke dalam periuk. Tambah air asam. Masukkan bahan-bahan yang dipotong mayang dan daun kunyit. Bubuh garam dan rasa. Kemudian biarkan ia masak sehingga mendidih. Siap!

Resepi Ikan Bilis, Halia & Lada Hitam (versi Mama Cu)

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis

Halia **2 inchi

1 sudu lada hitam

Cara-cara Memasak:

Ikan bilis digoreng atau disangai. Tumbuk ketiga-tiga bahan diatas sehingga separa lumat. Siap!

Thank Mommy masakkan lauk singgang. Thanks Mama Cu buatkan ikan bilis halia tu. Kalau tak Babah yang kena buat hehe. Sedap makan lauk pantang ni. Berpeluh-peluh badan lepas makan. Effect dari halia dan lada hitam tu. Memang selera. Kalau tak kawal mahu tambah berpinggan-pinggan nasi hehe. Kunyit, halia dan bawang-bawang dalam singgang tu kunyahkan je. Banyak khasiat. Nanti Ummi share lagi menu-menu berpantang simple tapi menyelerakan serta khasiat-khasiat bahan-bahan yang terdapat dalam kedua-dua menu ya.

Till then, sweet dreams korang.

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: