Alhamdulillah syukur! Dah scan tadi, doktor kata complete miscarriage tak perlu D&C (Dilation and Curettage) atau bahasa mudahnya cuci hehe. Ummi refer Dr. Khor dari Pusat Pakar Sakitpuan & Perbidanan Khor & Loh, Taman Nusa Bestari. Lega Ummi tau. Seriau bila mengenangkan pengalaman keguguran kali kedua dulu. Kisah Ummi menerima rawatan D&C di HSA. Fuhhh. Kejang urat bila ingatkan semula hehe.
Ummi dapat medical leave selama seminggu je. Minggu depan dah kena kerja. Tapi kalau tak ok lagi Ummi ambil cuti tahun. Kesihatan perlu dijaga demi hero-hero tersayang. Doktor bagi antibiotik untuk Ummi. Silalah makan ubat ya.
Keguguran pun kena pantang ke? Ya, dik non. Kena jaga walaupun baby tak besar mana lagi. Biasanya pantang keguguran dalam 2 minggu. Tapi akak tak pasti korang macamana. Makan pun lauk orang pantang bersalin. Ummi suka je lauk pantang ni hehe. Nanti Ummi share menu-menu berpantang ya.
Hikmah keguguran – Allah nak bagi Ummi peluang kuruskan badan yang makin mengembang. Yeay!
p/s Thanks untuk kawan-kawan yang memberikan kata-kata semangat. Really appreciate it! Ramai juga yang view post Ummi. Thanks uolls! Entri tu bukan menagih simpati sekadar berkongsi rasa. Thanks kerana memahami.
Allahu…get well soon friend. Selamat berpantang…
thanks ye cik la
Take care kak h.. selamat berpantang…
thanks dilah..tak sabar nak minum ubat periuk hehehe
Kakakkk be strong. allah nak gantikan dgn rezeki lain tuh. muahh. syg akak!
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
thanks uyul..mmuaaahhh..
biasa memang dapat seminggu je kan..tapi boleh tmbah lagi seminggu,,jaga diri baik-baik kak HN
thanks mar..dulu pernah dapat 2 wks..