Alhamdulillah.. Complete Miscarriage

14/08/2017

Alhamdulillah syukur! Dah scan tadi, doktor kata complete miscarriage tak perlu D&C (Dilation and Curettage) atau bahasa mudahnya cuci hehe. Ummi refer Dr. Khor dari Pusat Pakar Sakitpuan & Perbidanan Khor & Loh, Taman Nusa Bestari. Lega Ummi tau. Seriau bila mengenangkan pengalaman keguguran kali kedua dulu. Kisah Ummi menerima rawatan D&C di HSA. Fuhhh. Kejang urat bila ingatkan semula hehe.

Ummi dapat medical leave selama seminggu je. Minggu depan dah kena kerja. Tapi kalau tak ok lagi Ummi ambil cuti tahun. Kesihatan perlu dijaga demi hero-hero tersayang. Doktor bagi antibiotik untuk Ummi. Silalah makan ubat ya.

Keguguran pun kena pantang ke? Ya, dik non. Kena jaga walaupun baby tak besar mana lagi. Biasanya pantang keguguran dalam 2 minggu. Tapi akak tak pasti korang macamana. Makan pun lauk orang pantang bersalin. Ummi suka je lauk pantang ni hehe. Nanti Ummi share menu-menu berpantang ya.

Hikmah keguguran – Allah nak bagi Ummi peluang kuruskan badan yang makin mengembang. Yeay!

p/s Thanks untuk kawan-kawan yang memberikan kata-kata semangat. Really appreciate it! Ramai juga yang view post Ummi. Thanks uolls! Entri tu bukan menagih simpati sekadar berkongsi rasa. Thanks kerana memahami.

Share this nice post:

8 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: