Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Info Sharing The Ilhams Learning Phase

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Abang Ilham bakal masuk darjah 1 sekolah agama tahun depan, Ummi gigih isi borang dengan tulisan jawi.

Dah lama tak menulis jawi. Nak buat permohonan Sekolah Agama Kerajaan Johor kena isi borang rumi dan jawi ya ibu ayah. Dulu zaman kita sekolah tak ambil tahu pun bila mak ayah isi borang hahaha. Sekarang turn anak sendiri haaa tulislah kau sendiri.

Alhamdulillah masih boleh membaca dan menulis jawi. Malu wooo kang anak tanya ejaan jawi Ummi terkial-kial nak menjawab hehehe.

Ok, borang dah siap isi. Kena settlekan menfotostat dokumen-dokumen penting yang diperlukan dan membawa Abang Ilham ke kedai gambar untuk ambil gambar passport.

Antara dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan ke darjah 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor adalah seperti di bawah:

  1. Salinan surat beranak murid
  2. Salinan Mykid murid
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa
  4. Salinan Sijil Nikah Ibubapa
  5. Salinan Penyata Gaji Ibubapa
  6. Salinan Bil Elektrik/ Air (Yang Terkini)
  7. Salinan Sijil Anak Angkat (Jika Berkenaan)
  8. Gambar Ukuran Passport (4 keping) **berbaju Melayu & bersongkok

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

Tarik mula permohonan 1 Julai hingga 31 Oktober 2017. Masa 2.00 petang hingga 5.00 petang.

  • Borang permohonan pendaftaran boleh diperolehi di Pejabat Sekolah
  • Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahka ke Pejabat Sekolah
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima
  • Setiap salinan hendaklah difotostat dalam saiz A4

****Pendaftaran bagi BUKAN WARGANEGARA – Permohonan melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, Larkin Perdana, Johor.

Ok diharap sedikit perkongsian ni dapat membantu ibu ayah di luar sana. Tarikh di atas tu masa pendaftaran Abang Ilham. Untuk info keperluan pendaftaran masih lagi sama. Korang masih boleh rujuk info tersebut dan buat persediaan sebelum pendaftaran ya. Selamat mendaftar anak-anak.

Semoga permohonan Abang Ilham nak bersekolah agama di sekolah paling dekat dengan rumah kami berjaya. Aamiin.

WEBSITE: SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR

BACA JUGA: Ilham Syahmi Di Hari Pertama Persekolahan 2018

Loading

Related Posts

9 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor

  1. salam..nak bertanya…kalau nak daftar kn ank untuk sekolah agama..jika sekolah dah bermula..masih boleh daftar ke atau x?

    1. saya rasa kena daftar di pejabat agama.. sebelum tu maybe puan blh check di sekolah yg puan nak register sama ada masih ada kuota/ kekosongan pelajar atau tak..

  2. Kalau gambar tak pakai songkok tak boleh ke,dh trlanjur amik gambar pasport xpakai songkok

  3. Assalam, nak tanya, kalau anak tahun depan dah masuk tahun 2 sekolah kebangsaan, betul ke kena isi borang rayuan di pejabat agama dulu? (Anak darjah 2 baru nak masuk darjah 1 sekolah agama) terima kasih…

  4. Salam nak tanya. Borang tu semua kene isi jawi ke yg kat bahagian jawi tu? Ke nama ja yg tulis jawi, lain xpayah?

  5. Assalamualaikum sy nk tanya,klau kita br berpindah ke Johor,dan ank tahun ni dah darjah 5 sek kebangsaan,masih bolehvkah lagi daftar untuk masuk ke sek agama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!