Products Review

Anak Siapa Ni?

T-shirt “Anak Siapa Ni?” pemberian Nenek untuk hero-hero kecil Ummi ni. Comel betul t-shirt ni tau. Nenek beli di instagram.

Kainnya selesa untuk anak-anak lagi-lagi yang jenis aktif bermain. Jenis kain serap peluh. Design pun kreatif dan simple. Nenek belikan diorang ertiga termasuk Mak Wee.

Ok ni Ummi belanja gambar The Ilhams menggayakan t-shirt Anak Siapa Ni? Masing-masing muka tak redho kena paksa haha.

Syamil dapat t-shirt je. Sebab jogger pants tak ada saiz untuk dia. T-shirt Syamil sama Mak Wee warna putih.

Abang Ilham pula t-shirt warna hitam dan jogger pants warna dark grey. Ummi suruh berdiri sikit punya susah nak ambil gambar. Dia kata dia malu haisyhhh. Jogger pants tu pun nampak selesa dan sesuai dipakai oleh Abang Ilham. Nampak ngam gitu. Kainnya pun tak panas.

Last but not least, Mak Wee menggayakan t-shirt Anak Siapa Ni? dengan gaya model sambilan dia tu. Mak Wee pakai t-shirt ni untuk training netball tau. Kelassss Mak Wee hehe.

Korang nak dapatkan t-shirt dan jogger pants cun untuk anak-anak, bolehlah jengah dan shopping di:

Instagram – @vipkids.my

Thanks again Nenek belanja The Ilhams baju cute! Sayang Nenek!

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *