Selesai Urusan Bayaran PTPTN Di KWSP

Anything About Me

Selesai Urusan Bayaran PTPTN Di KWSP | Setelah berusaha gigih membuat permohonan online bayaran pinjaman PTPTN melalui KWSP (Akaun 2), alhamdulillah akhirnya pada 28 Julai 2017 Ummi dapat SMS dari KWSP.

RM0.00 KWSP: Permohonan anda telah diproses. Sila ke KWSP utk sahkan cap ibu jari & bawa dokumen sblm 10/08/2017. Info lanjut semak i-Akaun/hubungi 03-89226000

Sebenarnya semalam Babah dah bawa Ummi ke KWSP. Punyalah ramai manusia yang beratur ambil nombor giliran. Kalau ikutkan hati memang malas nak beratur tapi demi melangsaikan PTPTN ku gagahkan jua. Ecehhh. Sesampai je di kaunter, staff KWSP berikam nombor giliran. Masuk je terus nombor Ummi tu dipanggil ke kaunter 17. Semangat membara hoi sebab tak payah tunggu lama.

Sampai di kaunter salam disambut oleh staff yang peramah. Alhamdulillah. Belum pun ditanya Ummi dah inform yang Ummi dah dapat SMS untuk pengesahan cap ibu jari dari KWSP. Puan tu pun tak banyak soal, dia mintak sijil diploma tapi Ummi terbawa copy transkrip. Okbai! Sila datang semula hahaha. Aduhaiii kenapalah pergi dibawa transkrip tu oi. Nyirap dengan diri sendiri.

Selesai Urusan Bayaran PTPTN Di KWSP

Urusan Pengeluaran KWSP di Tingkat 2

Jadi hari ni Ummi terpaksalah ambil half day, dan bergegas ke KWSP semula secepat mungkin sebelum 10 Ogos. Beriya nak ambil nombor macam semalam sekali staff di kaunter nombor tu kata tak perlu dan terus naik ke tingkat 2. Alhamdulillah.

Sampai tingkat 2, ambil nombor. Memang lengang gila. Ada dua kaunter beroperasi dan satu je kaunter yang ada pelanggan. Alhamdulillah nombor giliran terus dipanggil. Syukur hari ni dapat staff yang baik hati lagi.

Penyerahan Dokumen Yang Berkaitan

Urusan penyerahan salinan sijil diploma dan pengesahan cap jari kiri kanan mengambil masa tak sampai 5 minit. Fuhhh lega. Staff KWSP kata permohonan akan diproses dalam masa 21 hari berkerja. Sekiranya gagal atau ada masalah dengan permohonan, pihak KWSP akan menghantar SMS.

Ok muka Ummi yang puas hati hehe. Mudah-mudahan permohonan diluluskan. Eh macam first time buat bayaran dari KWSP je gayanya. Padahal ni kali kedua. Tapi serious terlupa tu yang sampai terbawa transkrip ekeke.

Thanks untuk Mama Cu selaku Uber hari ni. Next time boleh booking Uber ni lagi hehehe. Marilah kita menunggu jawapan KWSP dengan penuh harapan. Korang yang cukup jumlah simpanan di akaun 2 KWSP bolehlah usaha settlekan hutang PTPTN tu ya agar ianya tak menghantui hidup korang sampai tahap bercicit nanti ekeke.

Okbai.

Related Posts

One thought on “Selesai Urusan Bayaran PTPTN Di KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!