Lunch semalam bertiga dengan dua orang makcik kepoh ni. Lokasi pilihan Warung Mee Udang, Kg. Tiram Duku. Ehhh geng jumaat dah jadi geng rabu ke? hahaha. Kitorang hari-hari pun geng. Cuma hari Jumaat pangkah lebih panjang sebab rehat 2 jam hehe.
Gambar ni memang saja di snap dengan tujuan untuk menjealouskan orang Keyyyeell hahaha. Ummi saja je bagi muka separuh nampak selim sikit hahaha. Agak-agak Ummi makan apa?
Ummi makan mee goreng tapi sampai dah licin baru teringat lupa ambil jeruk lada aduhaiii rugi hehe.
Selain tu Ummi ada lauk tambahan, sambal udang.
Nasi goreng kampung ni Noni yang punya.
Kue tiaw goreng ni Eqa yang punya tambahan sambal udang. Air macam biasalah lemon selasih slurpppppp sejuk tekak hehe. Eqa dah book awal-awal, jadi sampai je dah boleh terus makan tak payah buang masa nak tunggu makanan sampai.
Lepas kenyang perut kami pun beransur pulang ke pangkuan office. Jumaat mana pula arah tujuan kita?
Semua berasaskan udang…sedapnyaaaa..kalau dekat dah terjah dah
jom SA turun JB kita belanja hehehe