Farewell Lunch at Restoran Saujana Kg. Tg. Adang

Cerita semalam. Farewell lunch untuk adik-adik internship program dan Pak Ajis our dedicated driver yang bakal bersara tak lama lagi. Lokasi paling dekat dengan PTP serta makanan yang sedap tak lain tak bukan di Restoran Saujana, di persisiran pantai Kg. Tg. Adang.

20170801_133429-01.jpeg

Kak Leen booked 2 meja. Meja sebelah bosses dan Pak Ajis, kami duduk meja sebelah ni.

20170801_132811-01.jpeg

Makanan belum sampai meh la bedal bua-buahan dulu.

20170801_134241-01.jpeg

Sebelum makan kita snap satu kali hehehe.

PicsArt_08-01-09.55.20-01

Ini antara menu yang Kak Leen order, ikan siakap sweet sour, tomyam campur, kailan ikan masin, chap chai, ketam black pepper, udang goreng butter dan sotong goreng tepung. Semestinya semua menu-menu di atas adalah sedap. Tak pernah tak sedap kalau makan kat sini ekekeke. Recommended untuk orang-orang yang tak pernah mencuba. Sambil makan sambil menghirup angin laut. Toleh kanan nampak PTP dan toleh kiri nampak Forest City hehe.

Lepas sesiap makan dengan tambahan sorang seketul aiskrim matkool, marilah kita pulah ke pangkal jalan.

20170801_143409-01

Sebelum tu meh bergambar beramai-ramai kenangan untuk diorang ehehe.

20170801_143414-01

One more time.. kurang skema sikit tapi orang lain nampak skema haha. Macam gambar rasmi kata dia.

20170801_144601-01

On the way balik office. Memasing perut dah sendat. Kenyang gila hoi. Abaikan muka Ummi Ilhams yang macam tak siap tu. Kepala pening yang amat, cuaca panas berdenting.

Thanks Big Boss belanja kitorang semua makan. Good luck untuk semua. Khas untuk Pak Ajis, terima kasih atas jasa dan budi sepanjang bertugas di Marine Services Department. Untuk adik-adik selamat menempuh alam pekerjaan. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Farewell Lunch at Restoran Saujana Kg. Tg. Adang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *