Witch’s Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick by Althea

Last two weeks, saja nak mencuba shopping barang Althea secara online. Belek-belek apa nak beli. Akhirnya Ummi beli Witch’s Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick.

20170726_170036-01

Suka betul tengok packagingnya nampak eksklusif gitu. Rupa-rupanya Althea menyambut ulangtahun ke 2. Ada 10% OFF untuk next purchase.

20170726_165909-01

Inilah Witch’s Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick yang Ummi beli tu. Sebatang berharga RM25. Ummi beli 2 batang, 1 lagi Ummi hadiahkan Ira sempena hari-hari terakhir dia di PTP hehe. Saja je nak nampak k-pop sama-sama. Muntah hijau orang baca.

Witch_s_Pouch_Selfie_Like_Shot_Dual_Lipstick_01.jpg

Ada 3 jenis. Setelah ditimbangtara, kami memilih warna yang sama code #03 Selfie Coral & Red. Jom zoom in warna sebenar-benarnya.

Witch_s_Pouch_Selfie_Like_Shot_Dual_Lipstick_02.jpg

Haaaaa inilah hasilnya. Bukan bibir Ummi Ilham ya ni hehehe. No..no..no..

Witch_s_Pouch_Selfie_Like_Shot_Dual_Lipstick_03.jpg

Cara-cara nak memakai Witch’s Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick. Nampak segar bugar gitu warnanya. Apa mimpi la Ummi ni nak berlipstick bagai haha. Memang dah cuba dah puas hati. Suka sangat warnanya. Nampak natural gitu. Memang dah lama nak beli, kekonon nak kirim Mama Cu. Dia kan terer bab-bab solek menyolek ni. Tapi dia krik3 meh la beli sendiri hehehe.

Korang kalau nak mencuba boleh klik link kat bawah ni ya. Silalah bershopping secara berhemah hehehe. Sebab besar juga dugaan kalau masuk website Althea tu ehehehe.

http://my.althea.kr/witch-s-pouch-selfie-like-shot-dual-lipstick

Share this nice post:

2 Replies to “Witch’s Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick by Althea”

  1. macam novo lipstick ni..

    1. ooo yg mar beli ari tu eh..

Leave a Reply