Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Cik Munah

Hari Raya Aidilfitri

Oleh kerana dah snap gambar, jadi macam tak puas hati kalau tak buat entri ekeke. Entri-entri terakhir untuk Aidilfitri 2017 walaupun rayanya dah berakhir. Jangan kecam hehe.

20170722_213624-01.jpeg

Dua malam terakhir sebelum tamat Syawal, kami ke rumah Cik Munah di Taman Sutera. Babah tak join sebab kurang sihat. Jadi Ummi dan anak-anak tumpang Mommy Ngah. Tok Ayah dan Nenek dah sampai lebih awal. Apa mimpi ni ha nak bekerjasama bergambar walaupun buat pejam mata gitu cisss.

20170722_213551-01

Meriah makanan, penuh meja. Kalau beraya rumah Cik Munah ni memang tak sah kalau tak makan sup merah gearbox. Makanan lain yang ada, mee goreng, ungkep hati lembu, asam pedas ikan parang apa entah lagi malas pula nak ingatkan hahaha. Ummi makan tak banyak sebab sebelum tu dah pergi open house Kak Ina jiran sejalan. Kat rumah dia pun dah bedal makanan sedap-sedap hehehe.

Lepas makan-makan, borak-borak kami pun beransur balik. Mata dah berat hoi. Ikut bebudak tu memang masih syok lagi berlari main kat luar. TQ lah Cik Munah sudi hidang makanan untuk kami sefamily.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!