Spicy Korean Burger Sedap!

Foods Review

Orang sibuk cuba McDonald’s Spicy Korean Burger kita sibuk juga nak merasa. Sebelum tu saja search review dari orang-orang yang dah merasa. Ada yang kata sedap, pedasnya biasa-biasa je. Ada yang kata pedas menggila. Meh deria rasa Ummi Ilhams mencuba.

20170728_225327-01.jpeg

Gigih Babah beratur kat McDonald’s Bukit Indah. Orang ramai jangan dikata baik yang dine-in mahupun drive thru. Akhirnya sampailah 1 set Spicy Korean Burger untuk Ummi.

20170728_225339-01

Haaaaa kooo. Ireng. Gelap gelita. Anak-anak scary je tengok charcoal bun ni. Buang tabiat ke Ummi nak makan burger hitam ni hehe. Satu set Spicy Korean Burger ni berharga RM15.99 (RM12.99 a-la carte).

20170728_225400-01

Jengah sikit isi dalam. Amboii meriah dengan cheese, salad dan yang penting sos kimchi yang sedap digandingkan pula dengan beef patty yang cukup rasa tu.

20170728_225309-01.jpeg

Set McDonald’s Spicy Korean Burger ni complete with Criss Cut Chips and Frozen Fanta. Overall burger memang sedap. Terasa-rasa lagi lalu kat tekak ni hehe. Pedasnya masih boleh handle lagi la. Pedas-pedas manja gitu tak sampai tahap nak meletup mulut hehehe. Criss Cut Chips tu biasa-biasa je ok la sedap tapi tak tahap sedap gila. Frozen Fanta tu macam slurpee 7-Eleven je. Syok betul Ummi makan Spicy Korean Burger ni. Semalam petang Mama Cu belanja seketul lagi hehe. Siapa nak belanja Ummi sila bagitau ya nanti kita pergi beli sama-sama ekekeke.

Eh tetiba ingat iklan kat radio pasal burger ni. “uweyyyy..opaaa aweyyy” beriya suami dia ingat bini dia cakap loghat kelantan. Padahal bini dia tengah fefeeling jadi awek Korea nak makan Spicy Korean Burger hahaha sabar jek lah ek. Ok nak cuba pergilah terjah McD terdekat. Tapi sila bertabah la menghadap orang yang berebut nak cuba burger ireng ni hehehe.

Selamat berhujung minggu sambil menikmati Spicy Korean Burger hehehe. Kalau yang berjalan-jalan dengan family tu hati-hati ya sepanjang perjalanan. Kalau lapar pergi tapau McD ekeke.

 

 

 

 

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!