Aidilfitri 2017 – Open House Iskandar Investment Berhad

25/07/2017

Cerita raya yang tercicir. Cerita minggu lepas kami ikut Kak Leen ke Open House Iskandar Investment Berhad. Lunch hour berdezup kami ke Kompleks Sukan Educity.

P_20170717_131806_BF-01

Fefeeling datin gitu duk belakang dipandu encik driver :p

P_20170717_143335_vHDR_On-01

Ok dah sampai. Misi mencari Kakak cantik yang menjemput. Kami duduk kat dalam. Demand lebih nak duduk ber air cond hahaha.

P_20170717_133838_BF-01

Sementara Kak Leen, Yap dan Wan ambil makanan kami jaga tempat dulu sambil wefie.

P_20170717_134233_BF-01.jpeg

Lepas tu ajak Kak Leen pulak wefie.

P_20170717_143017_BF-01

Ok complete rombongan berlima hehehe.

P_20170717_134206_vHDR_On-01

Kaki bahan dua orang ni.. orang media kata dia..

P_20170717_134321_vHDR_On-01

Tengah syok makan sekali Menteri Besar Johor, Dato’ Seri  Mohamed Khaled Nordin sampai daaaa. Rupanya meja kami ni belakang meja dia hahaha. Tak pe lah makan jek lah ya jangan buat onar.

Tang makanan ni memang meriah gila. Nahhhh Ummi belanja semua yang Ummi makan hahaha.

P_20170717_134225_vHDR_On-01

Mula-mula makan nasi beriyani kambing. Sedap!

P_20170717_135547_vHDR_On-01

Rupanya di depan sana ada soto, laksa bla bla bla.. Ummi pantang nampak soto ni. Ambil semangkuk dengan simbahan sambal kicap yang macam tak ingat dunia. Sekali masa nak makan ambil kau pedas gila. Tapi sedap! hahaha.

P_20170717_140322_vHDR_On-01

Tengok Wan makan kacang pool, terus tergugat iman. Mana boleh tengok je hahaha. Ambil juga semangkuk.

P_20170717_141556_vHDR_On-01

Mula-mula plan nak ambil sepinggan makan sorang. Sekali Kak Leen ajak share je. Itu pun jamah je sesudu sebab dah kenyang sangat. Yang penting Laksa Johor ni sedap!

P_20170717_141241_vHDR_On-01

Last but not least hehehe, ABC. Siap request nak coklat lebih hahaha. Jamah sikit ada dessert apa entah. Buah-buahan tak sempat masuk perut sebab dah full sesangat.

P_20170717_142205_vHDR_On-01

Sepanjang makan tu ada la persembahan zapin, ada band dari Sekolah Seni Malaysia, Johor. Tengok la sambil isi perut. MB pun tak lama, lepas tu ada persembahan silat kat luar dan pameran. Kami pun bersiap-siaplah nak balik office juga. Perut dah sendat hahaha.

P_20170717_143541_vHDR_On-01

Sempat posing depan pintu gerbang “Gemerlapan Cahaya Aidilfitri Bersama Iskandar Investment Berhad”.

P_20170717_143938_vHDR_On-01

Goodie bag dari IIB dalam tu ada kek. TQ Kak Leen mengajak kami ke sini. Alhamdulillah rezeki raya hehehe. Semput nak siapkan banyak lagi entri tertunggak. Okbai!

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: