Friday’s Lunch at The Chicken Rice Shop Mall of Medini

Geng Jumaat

Ini cerita Jumaat minggu lepas bukan minggu ni. Tak pasti kenapa hilang ingatan nak update entri ni. Mungkin sebab terlalu kenyang sampai terlupa hahaha. Minggu lepas plan nak makan kat boat noodle bila call fully booked. OMG! Menjejes air liur asyik tak dapat makan je ehehe. Lepas tu berangan nak ke AEON Bukit Indah. Eqa kata nak makan sup tapi tengahari macam ni mana nak dapat sup panas. Sudahnya kaki kami berempat melangkah ke Mall of Medini je la.

Lunch kami akhirnya di The Chicken Rice Shop je lah.


Nampak ayam ni dah tunggu dah siap posing atas meja hahaha.

Selak-selak menu akhirnya orderlah yang berkenan ditekak masing-masing.

Muka kelaparan menanti makanan.

Ni tak pasti muka lapar ke apa.

Makanan Eqa sampai sudah. Orang makan nasi ayam dia makan nasi asam pedas ikan lepas tu cakap rasa tak sedap hahaha. Alhamdulillah tercapai la cita-cita Eqa nak hirup kuah sup walaupun sup nasi ayam je ekekeke. Harap tak meleleh air liur baby Aidah.

Ini Nones yang punya. Hainanese Chicken Rice Meal. Sama je dengan Ummi cuma Nones tukar taugeh aka Ipoh Bean Sprout.

Ok ini Ummi punya makanan. Hainanese Chicken Rice Meal juga. 1 set RM19.00 siap dengan air dan dessert. Jom zoom in.

Soft drink and rainbow delight dessert.

Single Portion of Chicken. Ada 4 pilihanchoice of steamed, roast, soy sauce & hainanese curry chicken, kami pilih roast. Mula-mula Ummi pilih soy sauce tapi ubah fikiran ambil roast hahahaha.

Pak Choy with oyster sauce. Yummeeeehhh.

2 pcs Nonya Pie Tee. Gambar nasinya lupa snap close up hehehe. Puas hati sesangat dengan meal set ni. Memang kenyang yang amat. Seingat Ummi ini kali kedua makan kat The Chicken Rice Shop ni. First time makan masa lepas balik mandi manda kat Legoland Water Theme Park ekeke. Makan pun set yang sama hahaha. Tapi memang berbaloi la dengan harga RM19 tu.

Akhir sekali, barulah makanan Ira sampai. Kari Laksa. Amekawwww semangkuk dia bagi. Sempat jamah sesudu sedap.

Gambar ni masa sebelum makan hehehe. Selepas makan ada gambarnya tapi untuk entri lain hehehe. Lepas makan kami berlegar-legar di foyer Mall of Medini sambil berposing hahaha. Next entry ok hehehe. Perut dah sendat padahal petang tu nak makan lagi untuk Majlis Sambutan Hari Raya PTP 2017. Apa nak jadilah ni, berat makin mencanak-canak naik hahaha.

Ok nanti kemunculan entri makan hari ini. Lokasi pilihan Boat Noodle @ Teh O Ice 50 cents.

Related Posts

2 thoughts on “Friday’s Lunch at The Chicken Rice Shop Mall of Medini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!