Review Shopping Di Chilindo

Products Review

Oleh kerana ramai yang mencari info pasal shopping di Chilindo di blog Ummi dan terjumpa entri Terjebak Shopping Di Chilindo, jadi ni Ummi nak kongsikan apa yang Ummi beli dan berbaloi ke tidak pembelian ni semua.

1. DIY Smartphone Projector 2.0

P_20170615_212037

Inilah rupa sebenarnya DIY Smartphone Projector 2.0 yang dibeli dari Chilindo dengan harga bidaan RM19.50.

P_20170615_212046

P_20170615_212127

Boleh adjust kantanya.

P_20170615_212213_p

Untuk menggunakan projector ni, ikuti arahan seperti dikotak. Sebelum guna sila download apps “Ultimate Rotation Control”. Kalau tak konfem gambar movie ke apa dari handphone tu kelabu asap. So far kami masih belum guna sepenuhnya. Tunggu ada free time nanti kita try sungguh-sungguh hehehe.

2. Kuali 12”

P_20170615_212245_p

Barang kedua adalah kuali 12”. Kekonon beli kuali ni senang nak merendang daging hahaha. Guna kali pertama nampak ok. Next eh melekat pula dan nampak kuali tu dah calar-calar walaupun Ummi pakai sudip plastik. Nasiblah harga awak RM7.30 jadi Ummi nak bebel lebih pun macam tak patut hahaha. Walau kualitinya haru Ummi masih diguna lagi kuali ni sampai jahanam ekeke.

3. Klip Lensa Universal untuk Telefon

P_20170615_211955

P_20170615_212544

Yang ini hmmmmm.. macam makan hati juga tengok kualitinya. Entah le Ummi yang tak reti guna ke atau memang lense ni tak ada kualiti. Macam tak ada effect apa pun. Malas nak tanya Babah banyak-banyak takut kena bebel kahkahkah. Nasiblah harga ko RM6 je. Kalau bid sampai berpuluh ringgit mahu kemurungan Ummi hahaha.

4. Video Digital Camera

P_20170615_215523

Tak tahulah kenapa Ummi terbid Video Digital Camera ni kahkahkah. Ilham la suruh beli haisyhhh anak juga disalahkan. Sekali bid sampai RM91.10 dan terus menang daaaaa. Aduhhhh pasghah Ummi. Tengokkan rupa dia memang membayangkan video cam yang macam biasa kita tengok tu la kan. Sekali bila dah sampai depan mata. Adomakkkkk tersirap darah tengok material plastik macam permainan kanak-kanak. Boleh imagine tak? hahaha. Ummi gelak-gelak je dengan Babah. Ada dibekalkan USB cable la semua. Beriya konon ummi charge. Sekali bila nak guna kejap je hidup tak dapat nak rakam apa screen memang kelabu asap siap suruh insert memory card. Lepas tu gelap padam. Belek-belek rupanya sia-sia je Ummi buang karen caj, video cam ni pakai bateri AA dua ketul kahkahkah. Aduhaiiii gelak besar weh. Tipah tertipu rupanya. Dah macam video cam mainan anak-anak. Anak-anak pun tak nak mainlah. Very the cap ayam hahaha. Padan muka Ummi. Nasiblah tak gatal tangan bid untuk android mini laptop. Sekali kang dapat laptop yang boleh bercakap macam kanak-kanak punya tu hahaha.

Ok untuk korang yang kemaruk nak membida di Chilindo, Ummi nasihatkan hati-hati ya. Tengokkan betul-betul “product description” tu. Jangan main bid je macam Ummi Ilhams. Sudahnya termenung sendiri. Ada juga mereka yang beli dan berbaloi dengan kualiti barang dan harga bukan semua cap ayam. Ummi dah puasa buka website Chilindo buat masa ni ekeke. Takut saka Chilindo hasut Ummi bid lagi. Ummi nak shopping kat Lazada je dengan voucher RM100 hadiah contest Lazada.

Ini perkongsian dan review dari Ummi Ilhams ya bukan niat menjatuhkan bisnes mana-mana pihak. Cuma nak korang berhati-hati je jangan tersilap beli. Okbai!

Related Posts

29 thoughts on “Review Shopping Di Chilindo

  1. risaulah macam tu nak bid..kot lah mahal sangat,dapat barang x berapa nak mahal..naya..lenkali takmo lagi eh umi ilham

  2. Uishh baru nak beli…tp duk dlm troli, kalau dah lebih dri bajet yg diinginkan, memang nona keluor je, x jadik bid..hahaha

  3. hehehe..selamat lagi la awak..bayar macam biasa blh guna maybank..fikir byk kali sebelum check out ya..

  4. Exactly Hernee, jangan expect lebih-lebih dengan harga bid serendah RM1 kannn..
    Panduan yang berguna, baca product description betul-betul sebelum bid..

  5. Hehe,kak,blh sy tnya?slps bid tu,klau dh byr,mcm mn kt nk tau chilindo dh trima byrn kt?

    1. nanti team chillindo akak hantar email pd awak.. kalau nak selamat awak buat COD..jadi kalau brg tak sampai duit awak tak melayang lagi hehehe

  6. Hi ummi ilhams, nak tanya, cara pembayaran dia tu mcm mana eh? Means selagi kita tak usik yg dlm troli tu, kira kita tak bayar apa apa lagi la kan? ?

    1. Hi Anne, check out macam kita online shopping biasa tu.. selagi awak tak klik check out dia still ada dalama troli.. katakan la awak rasa tak jadi nak belikan.. awak biar dalam 3-4 hari nanti dia hilang dari list tu..lagi selamat buat COD..maknanya selagi tak dapat brg duit awak masih selamat hehehe.. selamat membida secara berhemah.. hati2 jangan sampai tersilap bid..

  7. hi sis..mcm mna klu dh check out brg dlm troli tu, tp x byara lgi..dia bagi tempoh dlm 3 ari byr..tpi rsa mcm tkut plk bila bca review sis ni..huihui

    1. hi awak..kalau awak tak nak beli awak biarkan jek dalam 3 4 hari nanti dia akan hilang dari list brg2 tu..yg penting jangan buat transaction..

      1. biarkn je la mcm tu kn, sya terclick check out tu brg2 dlm troli..huhu..kluar invois smua..tp sya xda buat apa2 transaction lgi la..pikir2 balik la..huhu..ada kwn sekerja pun buat jgk bid ni..nk tgk brg2 dia smpai dulu mcm mna..

        1. dah tercheck out abis ke? kalau belum selamat lagi..awak tengok kawan awak punya brg dulu tu ok ke tak..

  8. phew… nasib baik le trjumpa blog mummy nih. klu x mmg dh nk trbyo je video cam tuh. tq mom

    1. hehehe..sama2..serious kalau awak terberkenan dgn video cam tu mmg not worth it to buy..

  9. Nasib baik baca blog ummi pasal video camera digital tu..baru menang td pastu tergerak hati nak search feedback kat google..haduiiii chilindo

    1. hehehe.. nasib baik.. kalau tak nak beli awak biarkan je dalam shopping cart tu dalam 3 4 hari lepas tu nanti dia hilang dari list..

  10. sy baru dpt video kamera tu hrni…menyesal x search dulu komen dr pembeli lain…huwaaa kualiti mcm mainan kt kedai rm2…sape yg ada niat nk bid kamera video tu lupakanla niat korang…huhuhu

  11. Bagus la kalo pengalaman korang baik ngan chilindo aku da kene tipu ngan chilindo duit tak return sampai sekarang ( beli barang diaorg salah anta barang tak cukup bila tanya dia suh return barang lepas 5 hari baru dia anta yg lain selepas seminggu tanya dia akan cek selang 2 hari tanya lagi baru dia kata barang da xada stock dia return duit tapi duit korang post barang tu tak pulang kan balik dala berat minyak parking duit sendiri merugikan je lepas dia pulang kan balik da kat sebulan dia tak pulang kan duit bila tanya asyik minta bank statement aku jerk tqpi duit tak bank in pn dalam acct aku sampai skg) aku da buat aduan kat hak pengguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!