Jamuan Hari Raya & Pengambilan Report Card PASTI Ar-Rahman 1

Hari Raya Aidilfitri The Ilhams Learning Phase

Cerita hari Khamis lepas. Ummi dan Babah apply half day sebab petangnya ada Jamuan Hari Raya dan Pengambilan Report Card PASTI Ar-Rahman 1. Abang Ilham dari pagi memang tak balik la kan. Tunggu Ummi sampai bawa baju raya hehehe.

Menu yang sempat Ummi makan hehehe. Babah belikan buah manggis dan buah mata kucing je sebab Ummi terlupa order kuih hehehe. Sedap nasi impit dengan kari daging ni. Sate tu pun sedap.

Gambar student PASTI Ar-Rahman 1 tak kelihatan yang ada gambar bakal student ni ha tengah makan kentang goreng hehehe. Babah tengah berborak dengan parents kawan Abang Ilham. Kan main kembung pipi Babah makan sate ekeke. Lepas settle je makan Cikgu Akma dah sebut nama Ilham Syahmi. Maka marilah kita berjumpa cikgu nak ambil report card hehe. Dengarlah laporan cikgu pasal Abang Ilham ni. Prestasi Abang Ilham kat sini berbeza la dari masa kat Tadika Aulad Ilmiyyah. Ummi Babah tak kisah pun berapa nombor Ilham dapat. Long way to go ok. Kang pressure pulak budak 6 tahun ni kalau Ummi Babah push dapatkan nombor 1 dalam kelas hahaha.

Walaupun tak sempat, Ummi sempatkan juga nak bergambar dengan dua orang mak buyong ni hehehe. Ehhhh.. ehhh.. jangkit kang hehe. Orang baru sampai, baru syok nak makan kita ajak bergambar hehe. Ikut hati nak join berbual, apakan daya Babah dah bagi signal ajak balik. Pasghah la Ummi terus balik hehehe sebab malam nak beraya lagi dua rumah ekeke. Macam beraya sakan no pulak tahun ni hehehe.

Related Posts

4 thoughts on “Jamuan Hari Raya & Pengambilan Report Card PASTI Ar-Rahman 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!