Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Azie

Minggu lepas punya cerita, sempat juga beraya rumah Azie. Walaupun tak sempat jumpa Emmy dan Didie. Almaklumlah kami datang malam. Tapi rezeki la jumpa Aini and family.

Alhamdulillah rezeki Azie masak soto dan pasta. Sedap ya ampun terasa-rasa lagi hehehe. Walaupun masa singkat sempatlah berbual sambil gelak-gelak tanya saiz terbaru masing-masing ekeke.

Sebelum balik marilah kita bergambar.

Teknik sembunyi diri berjaya menampakkan Ummi kecil kehkehkeh.

Sekali lagi kita test.

Bergambar dengan tuan rumah. Tang ni muka lebar memang tak boleh selit mana dah.

Bergambar dengan Aini. Kalau dah duduk depan konfem la kembang semangkuk.

Abang Fakhry dan Abang Danish. Eh masa ni Syamil tidur, Abang Ilham tak ikut.

Upah Abang Fakhry tolong snap gambar. Meh bergambar dengan Aunty Hernee. Sporting je dia.

Ni kaum-kaum bapa. Berbual sambil tengok tv. Dalam pukul 10pm kot kami gerak balik. Kalau ikutkan hati memang tak nak berhenti berbual. Insha allah panjang umur jumpa lagi.

Share this nice post:

6 Replies to “Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Azie”

  1. Seronok kalau dapat beraya ke rumah kawan-kawan macam ni

    1. hehehe kena luangkan masa walau sekejap

  2. Memang kalau dah jumpa kawan2 rasa mcm tak nak balik rumah sebab syok berbual. Rasa kejap je masa jumpa padahal dah berjam2 duduk berborak

    1. betul tu ana..kalo blh nak lepak semalam bual non stop hahaha

  3. assalamualaikum hernee…wah !! beraya lagi rupanya ni…

    1. waalaikumussalam ma..hehe tu la rumah mama tak sampai lagi ni

Leave a Reply