Hasil Mencari Seafood Di Hari Minggu

Lepas hantar Abang Ilham ke sekolah macam biasa singgah breakfast lepas tu cari seafood. Hari ni Ummi plan nak masak ketam masak lemak, jadi marilah kita mencari ketam.

Sampai-sampai orang ramai gila. Ada satu gerai je yang jual ketam. Tu yang semua berebut-rebut. Ummi guna la kuasa magic menyelit dan akhirnya dapatlah 10 ekor ketam ni hehehe. Sekilo RM20 Ummi ambil terlebih sikit RM22.

Pusing-pusing lagi nak cari ikan kitang tapi ada sekor je nasib jumpa ikan seliap beli la sekor untuk goreng lensei atau goreng tawar cicah kicap. Ada orang panggil ikan ni ikan talang.

Jalan depan lagi ada rezeki ikan kitang. Boleh tahan besar tapak tangan. Ambil 4 ekor untuk lauk esok hehehe. Ikan kitang ni sedap lensei juga tak pun masak asam pedas. Esok Ummi asam pedaskan korang eh hehe.

Terjumpa pulak Apek Seng Kek jiran lama jual buah pulasan. Belilah seikat RM3. Memang kecil-kecil je buahnya jadilah dapat menjamah hehehe.

Nah bukti orang yang menyerbu ketam.

Kebanyakannya memang orang luar Gelang Patah la yang rajin ke sini termasuklah orang-orang Cina dan Melayu dari Singapore. Eh itu Uncle Man kawan Babah la termasuk dalam frame.

Sampai kedai Babah je turun beli santan, daun kunyit dan serai. Ummi layan budak sorang ni berangan dalam kereta hehe. Nanti kita tayang menu hari ni ya. Alaaaa menu biasa pusing-pusing menu tu juga.

Share this nice post:

Comments

comments

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: