Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Tok Ayah

Tibalah entri beraya di rumah Tok Ayah. Makanan yang disajikan nasi berlaukkan nangka masak lemak, ikan kering, sambal belacan, ulam-ulaman, ayam masak merah, laksa johor dan laksa penang. Special request dari Ilham minta Nenek masakkan ketam yellow. Sabar jek lah. Pasghah Nenek nak melayan.

Nah Ummi belanja Laksa Johor yang sedap. Kekonon nak pedas sangatkan. Ambil sambal belacan lebih. Sekali kauuuu berapi telinga pedasnya. Makanan lain tak sempat snap.

Keluarga Aqil pun datang beraya termasuk Kinah anak angkat kesayangan arwah mak.

Nahh ummi selit sikit hehe.

Inilah Nur Shakinah Onn Yeo hehehe. Dari kecil dari mula pindah Desa Paya Mengkuang ni dah rapat dengan kami. Dah macam adik sendiri. Suka hati Kak Long la kalau nak marah Kinah kan hahaha.

Eh kemain sengih tuan rumah hehehe.

Babah dah terbongkang kepenatan dalam bilik. Abang Ilham main game.

Syamil dengan Mak Wee kejap keluar kejap masuk bilik main pedang-pedang pakai kaki kerusi. Sabar je lah.

Nahhh jom tengok deko raya Nenek.

Simple, kemas dan cun. Cucu-cucu je datang buat huru-hara. Apa pun thanks Tok Ayah, Nenek yang sudi menjamu kami semua. Kenyang sampai ke malam hehe.

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Tok Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *