14 July 2017 | Ilham Syahmi Turns 6

Alhamdulillah hari ni 14 Julai 2017 genap umur hero kedua Ummi yang ke 6 tahun. Eh sekejap sangat rasanya dah besar panjang. Tahun depan dah darjah 1 insha Allah. Semoga Ilham membesar menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah, Rasul dan Babah serta Ummi. Mudah-mudahan Ilham jadi anak yang hormat orang tua, berbudi bahasa, suka tolong orang, mudah tersenyum, tak sombong. Semoga Ilham jadi abang yang terbaik pada adik-adik.

Ummi minta maaf kalau selama 6 tahun ni Ummi tak jaga dan didik Ilham dengan sempurna. Doakan Ummi Babah panjang umur supaya kami dapat didik Ilham menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Ummi minta maaf kalau Ummi selalu marah Ilham. Ummi selalu suruh Ilham beralah dengan adik. Ummi tahu Ilham mesti kecil hati dengan tindakan Ummi tu.

Terima kasih Ilham Syahmi kerana ujudnya Ilham Syahmi lah Ummi belajar jadi seorang ibu walau tak sempurna. Kerana Ilham Syahmi lah Ummi paksa diri Ummi menggali ilmu penyusuan susu ibu sebab Ummi nak bagi yang terbaik dan nak melunaskan hak anak-anak Ummi. Kerana Ilham Syahmi lah Ummi belajar macam-macam. Terima kasih ya Ilham Syahmi. Ummi, Babah, Adik Syakir, Adik Zara dan Adik Syamil sayang Abang Ilham.

Gigih Ummi selongkar gambar lama-lama sebab Ummi rindu zaman K-Pop Ilham hahaha. Ummi suka tengok style rambut Ilham dulu.

Gambar 2 tahun lepas di Legoland Water Theme Park.

Gambar 2 tahun lepas juga masa Abang Ilham tertelan duit syiling. Fuhhhh.. kering darah Ummi.

Gambar 2 tahun lepas lagi, masa kita celebrate birthday Opah kat Restoran Saujana. Ummi suka tengok rambut Ilham macam tu. Nak buat kat adik Syamil tapi rambut adik Syamil masih malu-malu nak panjang hahahaha. Ok lah, untuk menunaikan impian Ilham, esok kita potong kek star wars ya. Harap Ilham suka kek tu walaupun Ilham tak makan kek hahaha.

xoxo,
Ummi, Babah & Adik Syamil
140717

Share this nice post:

Comments

comments

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: