Aidilfitri 2017 – Tetamu 14 Syawal 1438H

Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah setiap hari Sabtu ada je tetamu yang beraya ke rumah. Thanks ya yang sudi datang membawa rezeki. Sabtu 14 Syawal, 4 keluarga berkunjung ke rumah kami.

Tetamu pertama, geng JDT Blogger. Siapa lagi kalau bukan Puan Siti Rohaida owner blog kisahsidairy.com dan family. Apa menu yang Ummi hidangkan untuk para tetamu? Boleh baca di SINI.

Tak sahkan kalau tak bergambar hehehe. Ini bukti kedatangan tetamu hehehe. Abaikan muka Ummi yang kembang semangkuk tu, Aduiiii diet lepas betul-betul habis raya. Sekarang tak mampu lagi sebab banyak godaan makanan sedap-sedap hahaha.

Thanks Eda and Encik Ahmad sudi datang beraya. Kami tak beraya lagi ke rumah diorang.

Ilham excited bila tahu ada orang nak datang rumah. Tapi bila nampak yang datang princess dia terus buat derk je hahaha. Kesian anak dara dua orang ni tak dilayannya hahaha.

Tetamu kedua kami, Uncle Wan officemate Ummi. Tapi malangnya syok sangat berbual seketul gambar pun tak ada. Serious terlupa gila nak snap hahaha. Minta maaf la ya Uncle Wan.

Tetamu ketiga kami, kawan sekampung Babah dan family.

Alhamdulillah dapat juga menjamu mereka dengan Spaghetti Meatball Bolognese. Siap tambah kuah lagi sebab Ummi takut tak cukup hahaha.

Sebelum balik, gambar kenang-kenangan depan rumah hehehe. Terima kasih sudi beraya ke rumah kami.

Tetamu keempat, Kak Leen dan anak-anak. Encik Hairil ada urusan di KL tak dapat join sekali.

Budak cenonit ni buat Ummi geram je. Ada entri khas untuk Noah nanti ya.

Thanks Kak Leen sudi bertandang. Untuk semua tetamu mintak halal apa yang terkurang ya. Sorrylah kalau makanan tak sesedap yang diimpikan hahahaha, Siapa lagi nak beraya sila inform awal jadi bolehlah Ummi masak-masak mana yang termampu hehehe.

Related Posts

4 thoughts on “Aidilfitri 2017 – Tetamu 14 Syawal 1438H

    1. alaaa..biasa je rumahnya..tq..hehehe..anak2 kita kalo blg hari2 nak suruh org dtg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!