Aidilfitri 2017–Open House Rumah Kak Mek

Hari Raya Aidilfitri

Cerita Jumaat lepas, ada jemputan makan free open house di rumah Kak Mek & Abang Bob. Menu yang dinanti-nanti of course lah rendang daging ibu mertua air tangan Kak Mek hehehe. Pernah rasa dua kali memang sodap.

Rombongan geng makan sampai lewat dari yang lain, tapi tak lewat mana pun. Masa tu rumah Kak Mek dah penuh dah geng-geng PTP perempuan. Haaa ni pinggan Ummi. Ada nasi impit, rendang daging, sambal kacang, lodeh, ayam masak kicap bahagian leher dan daging salai masak lomak cili api. Ni semua air tangan orang Nismilan hehe. Ya ampun sedap sangat.

Ummi belum start makan, tapi Ummi dera Kak Narima ajak bergambar. Hold dulu suapan dia hahaha.

Haa penuh geng Finance, Procurement tengah menjamu selera.

Geng Facility yang dah siap makan dan nak mengundur diri. Tak boleh lepas sekali Ummi tak snap gambar hahaha.

Geng Procurement.

Geng Finance.

Dorang lagi, sebab dorang yang excited nak pergi open house rumah Kak Mek.

Ummi nak selit juga muka bergambar dengan geng surau.

Hamboiiii budak si A-are ni selera ha makan. Ni mangkuk ke berapa ni? ekekeke. Kak Aien entah bual apa la tu ternganga hahaha.

Ummi bersama Kak Narima dan Aien.

Gambar ramai-ramai denga tuan rumah. Rasa macam Pra-Raya PTP lah ahahaha.

Lagiiiii Ummi menyelit.

Ok ni khas untuk geng makan Ummi. Noni tu mengantuk gamaknya kat belakang tu. Mentang-mentang dah kenyang.

Orang semua dah balik, tinggal Kak Linda Admin je tapi kami melekat lagi. Selagi tak habis bergambar tak balik hahaha. Thanks tuan rumah jamu kami makanan yang super sedap. Semoga dikurniakan rezeki yang halal dan berkat. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Jam baru nak ke pukul 2pm maka Ummi ajak Kak Leen, Ira dan Su teman ke Cosway dengan niat nak beli fabric starch. Sekali tak ada da jual kat Cosway. Apasal la masa google kata Cosway ada jual. Dah la owner Cosway Taman Nusantara tu tak mesra alam. Sudahnya ke Gelang Patah tu cuma untuk beli 4 bungkus putu bambu hmmmm. Postponed lah diet!

Related Posts

2 thoughts on “Aidilfitri 2017–Open House Rumah Kak Mek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!