Aidilfitri 2017 – Open House Rumah Mommy Ngah

Rezeki Jumaat petang lagi. Makan-makan open house rumah Mommy Ngah. Sebenarnya Mommy Ngah jemput kekawan kerja dia ke rumah. Sambil-sambil tu dia pelawa la kami anak beranak dan kawan-kawan Ummi.

Kuss semangat rezeki soto nasi, mee hoon soto, satay, roti jala dan brownies. Semua sedap-sedap belaka sampai nak meletup rasa perut hahaha.

Gambar close up brownies jek yang ada. Yang lain khusyuk makan sampai lupa snap. Sedap brownies Mak Jemah’s Kitchen ni. Moist je. Roti jala pun air tangan Mak Jemah.

Tetamu dari office Ummi, Yap dan Ira.

Ni lagi sorang. Uncle Wan entah apa la Ilham tunjuk kat Uncle Wan tu.

Bariah pun datang dengan Encik Suaminya Syed.

Dah lama tak bergambar berdua ehehe.

Sebelum tetamu ramai semula kita bergambar ramai-ramai. Banyak kali nak dapat gambar paling molek.

Lepas maghrib anak-anak Mok De pun datang beraya.

Macam biasa tuan blog nak juga menyelit. Dera sikit orang nak makan hahaha.

Budak sorang ni kalau dah jumpa BFF dia, memang gini la berkepit jek berdua. Maghrib tu Ummi hantar Ira balik Nusa Bayu, budak-budak ni stay sini lagi. Babah balik kerja pun terus ke sini. Sambung lagi makan sampai kembung hahaha. Aqil ikut balik rumah sekali. Ilham ajak tidur rumah tapi Aqil sedih ibu hahaha. Sudahnya Aqil balik Ilham yang monyok. 

Thanks Mommy Ngah & Daddy Ngah sponsor makan malam kami anak beranak hehehe.

Share this nice post:

Comments

comments

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: