DDHN – Spaghetti Meatball Bolognese

Dari Dapur Hernee Nazir Recipes

Inilah menu baling-baling untuk tetamu Sabtu lepas. Menu mudah kegemaran Ummi dan Babah. Jadi tak payah masak lauk lain walaupun hakikatnya kena masak ayam red juga untuk hero-hero kecil.

RESEPI SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN:

Spaghetti – 1 bungkus
Kimball Spaghetti Traditional Pasta Sauce – 1 botol besar
Tomato Puree ~ 1 tin kecil
Meatball (jenama favourite Ummi – Armiya)
Daging cincang – 1 pack
Mushroom – 1 tin
Capsicum – 1 biji
Bawang holland – 1-2 biji ptong dadu
Bawang Putih – 1-4 biji cincang
Tomato – 1-2 biji potong dadu

CARA-CARA MEMASAK:

Tumis bawang holland & bawang putih sehingga naik bau. Selepas tu masukkan daging cincang dan biarkan sekejap. Masukkan kimball sauce & tomato puree. Tambahkan sedikit air dan biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan tomato, capsicum dan mushroom. Meatball tu saya ambil dalam 5 biji potong kecil-kecil dan masukkan sekali dalam  periuk. Tambah perasa garam dan gula. Biar seketika dan tutup api.

Spaghetti dan meatball jangan lupa celur ya. Bubuh garam dan minyak dalam air rebusan untuk celur spaghetti tu. Dah siap! Bolehlah dihidang untuk tetamu yang datang beraya.

Related Posts

6 thoughts on “DDHN – Spaghetti Meatball Bolognese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!