Aidilfitri 2017 – Open House Rumah Mak Cu

Hari Raya Aidilfitri

Malam Jumaat lepas ke Open House rumah Mak Cu di Setia Indah. Kami tiga beranak je tumpang Tok Ayah sebab Babah kena attend majlis Hari Raya Aidilfitri MMC – PTP , JPB, SATS & SAC di Mutiara Hotel. Kami sampai lebih kurang dekat pukul 9pm. Memang full house.

Sempat la jumpa sepupu anak-anak Mok De.

Eh ada si darah manis la. Muka Pakcik dah macam Ammar Bahrin pelakon tu hehe.

Tok Ayah, Nenek dan Mok De serta anak-anak. Masing-masing tengah menjamu selera.

Kumpulan marhaban perempuan Taman Setia Indah.

Budak 2 beradik ni senang hati duduk sambil tercengang-cengang hahaha. Sibuk nak bawa kad star wars tu dengan beg. Aduhaii Ummi layankan je.

Nampak tak penuh tetamu. Tok Ayah terselit nak ambil makanan hahaha. Ummi suap budak berdua tu nasi beriyani ke nasi minyak entah. Ada favourite Abang Ilham ayam red. Ummi makan soto sampai 2 kali tambah hahaha. Sedap.

Sempat wefie dengan Nenek walaupun orang penuh hahaha. Thanks Mak Cu. Kenyang sampai terlelap on the way balik hahaha. Ya ampun pipi Ummi Ilhams kembung sekali. Esok diet lah macam ni. Dah ramai sangat tegur “berisi” ke? Aduhaiiii. Memang kuat makan lepas tu tak bersenam haa ni la padahnya. Ok stop dulu ya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!