Aidilfitri 2017 – Tetamu 7 Syawal 1438H

Hari Sabtu lepas, 7 Syawal 1438H kami menerima 3 rombongan tetamu.

Tetamu pertama, Mommy Salwa and family. Ummi jamu mereka dengan mee goreng dan kue tiaw goreng. Ngam-ngam Ummi siap masak, siap mandi dorang sampai. Abang Ilham excited bila tahu “Auntie Star Wars” nak datang beraya hahaha. Suka la dia sebab anak-anak Auntie Salwa boleh jadi geng dia. Tapi bila ajak bergambar hampeh tak nak ehehe. Thanks Salwa, Pojie dan anak-anak sudi ke rumah kami.

Next rombongan Pak Ngah sekeluarga dan Mak Andak 2 beranak. Atok Tipah tak dapat join beraya ke  Gelang Patah. Kesian The Ilhams, sibuk tanya mana atok. Yang kat tangga tu tak pastilah apa reaksi dia. Apa yang dia cuba buat agaknya hahaha.

Kak Umi dan Abang Fahim. Eh ada budak melekat dengan Abang Fahim.

Tetamu sesi petang ni datang jauh dari Batu Pahat, jadi macam biasa Babah request untuk makan nasi. Ummi masak asam pedas ikan siakap, sambal udang, sayur kobis, ayam goreng dan mee goreng.

Sebelum balik sempatlah ajak bergambar. Syamil ngengada buat perangai.

Eh Ummi teringin juga nak join posing hehehe. Ini sebelum kejadian budak cenonit tu meraung. Sedih benor tak dapat ikut Abang Fahim balik. Thanks Abang Ngah, Kak Watie, Kak Andak, Umi dan Fahim sudi ke teratak kami.

Next rezeki asam pedas ikan siakap untuk Pak Long, Mak Long dan anak-anak serta Tok Ayah Ilhams. Sempat jugalah pelawa diorang makan lauk yang ada, Alhamdulillah rezeki tetamu.

Sebelum balik bergambar lagi buat kenangan.

Ummi mestiiiii nak selit sekeping hehe. Thanks Pak Long, Mak Long dan anak-anak sudi ke rumah kami.

L

Lepas semua tetamu balik, kami duk bersantai kejap dengan Tok Ayah kat depan rumah. Sambil-sambil tu bebudak berdua ni pow Tok  Ayah hahaha. Suka memasing dapat bebas berlari depan rumah kan. Thanks semua tetamu yang datang membawa rezeki ke rumah kami. Jangan serik ya kalau layanan kurang memuaskan dari kami.

Share this nice post:

Comments

comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: