Review Tenda U1 High Power 300Mbps 2T2R Wireless USB Adapter WiFi Soft AP

07/07/2017

Hai semua, Selamat Hari Raya ke 13. Dah timbang ke belum? hehehe. Oklah bukan nak cerita pasal berat badan. Ummi nak cerita pasal sahabat baru Ummi. Siapa? Ni ha.. sahabat baru ni Tenda U1 High Power 300Mbps 2T2R Wireless USB Adapter WiFi Soft AP. Benda paling penting untuk Ummi stay connected di rumah nak blogging sampai lebamlah kata hehe. Sebenarnya USB Adapter TP-Link yang lama buat perangai. Sekejap connect sekejap disconnect. Hari tu Ummi nampak Syamil buat main sampai masuk mulut. Mesti air liur dia dah termasuk dalam rongga-rongga USB Adapter tu. Bila Ummi guna jadi panas jek USB tu. Itu yang terus buat keputusan beli baru ecehhhhhh.

Mula-mula nak beli brand yang sama TP-Link. Tapi bila tanya Yap dia kata cuba guna brand Tenda. Dia guna ok je. So Ummi pun terus la cari di Lazada. Sebelum ni Babah beli dalam RM20++. Tapi yang ni harganya RM42.55 je 300Mbps.

Bila dah sampai cepat-cepatlah kita unboxing dia kan hehe. Ada 1 CD untuk installation dan installation guide. Kat bawah ni antara key specification Tenda U1 High Power 300Mbps 2T2R Wireless USB Adapter WiFi Soft AP.

Key Specifications

  • 300Mbps Ultra-Fast 
  • 360 ° omni-directional rotating antenna for perfect 2.4GHz
  • 2T2R double-channel transmission penetrating ability and stability to solved dead point
  • 4-layer PCB with high-quality materials
  • Speed wireless router 300Mbps transmission speed for SOHO wireless router
  • Built to compatible with Windows10/8.1/8/7/XP/Vista, MAC OS 10.6~10.11, and Linux operating systems

Features:

  • Brand: Tenda 
  • Connectivity : Wireless|WiFi|USB
  • Connectivity Speed : 300Mbps
  • Model : OOKAS-TENDAU1 
  • Size (L x W x H) : 5.8 X 1.97 X 1.09 
  • Weight : 0.08 
  • Warranty period : 3 Years

Sampai rumah cepat-cepat Ummi on PC dan install driver. Tak sabar nak test laju tak hehehe.

    Oleh kerana USB port PC kami memang menyenget gitu, maka antena tu pun terpaksalah tertonggeng sikit hehehe. Lantaklah janji berfungsi. Cuma kena hati-hati sikit takut bebudak langgar patah ke apa kan hehe. Bila dah connect wahhhh laju koooo. Almaklumlah line UMobile pun sekarang dah baik hati kat rumah kami tu. Dapat detect Wi-Fi 1 Malaysia tu, tapi tak berapa nak kuat linenya tak dapat la log in. Lapi pun wi-fi free tu mesti ramai guna dan slow. Ecehhhh berlagak hahaha. Memang recommended la kalau korang nak beli yang ni. Harap-harap bertahan lama. Ummi kena simpan elok-elok sebab sekarang budak berdua tu dah asyik tengok kartun kat PC jadi tak boleh sepah-sepah kang jahanam lagi.

    Selamat tinggal wahai TP-Link. Terima kasih kerana berkhidmat untuk Ummi Babah. Jodoh kita tak panjang, sebab awak pendek umur. Sorry tak jaga awak betul-betul sampai anak Ummi makan awak hehehe. Rest in peace dalam laci ya. Ummi sayang pulak nak buang awak hahaha. Ok lepas ni berdezup dezap kita online. Semoga Ummi bertambah rajin mengupdate blog hoyeahhhhh.

    Share this nice post:

    4 Comments

    • maszull

      07/07/2017 at 12:32 pm

      Assalamualaikum hernee….oh yeahhhh dpt yg baru yer….

      1. Hernee Nazir

        07/07/2017 at 3:32 pm

        walaikumussalam mama.. hehe terpaksa ganti la ma..yg lama jahanam..

    • kisahsidairy

      07/07/2017 at 1:01 pm

      lepas ni berdesup lah entry blog keluar…

      1. Hernee Nazir

        07/07/2017 at 3:00 pm

        hahaha..kalau PC tak kena hijacked dengan anak2 la..

    Leave a comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Prev Post Next Post
    Follow

    Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

    Join other followers: