Aidilfitri 2017 – Beraya Batu Pahat (3 Syawal 1438H)

BERAYA DI PARIT BUGIS, SENGGARANG

Misi hari raya ketiga kami teruskan lagi dengan berkunjung ke rumah saudara mara Babah sebelah Atok Mahat.

Ajak Atok Tipah wefie hehehe. Eh Atok Tipah jeling Ummi la hehehe. Apa la menantu aku sorang ni kerja nak bergambar jek.

 

Masa beraya rumah Mak Anjang, lupa snap gambar hehe. Rumah legend ni rumah arwah datuk Babah. Masih ada lagi menyimpan banyak kenangan keluarga diorang.

Sempat jugalah kami bergambar depan rumah panggung ni. Dulu rumah Tok Abah Ummi kat Tg. Kupang pun rumah macam ni. Budak kat belakang tu mogok tak nak beraya kat rumah saudara kat sini sebab dia kata nak beraya rumah Abang Fahim je. Tak menyabar betul. Rumah saudara Parit Bugis pun dalam 3 rumah je kami beraya sebab masing-masing tak ada kat rumah.

Lepas tu terus berdezup ke rumah Abang Ngah. Budak cenonit tu dah kecundang masa beraya di rumah sepupu Babah. Ajak Ummi ngempeng lepas tu dia dah tertidur.

BERAYA RUMAH ABANG NGAH

Rumah seterusnya ialah rumah Abang Ngah. Tapi Abang Ngah nya belum balik kerja lagi masa kami sampai. Kak Watie dan anak-anak je yang ada.

Thanks Kak Watie siap masak Bakso. Sedap bertambah-tambah kami makan hehe.  Plannya lepas beraya rumah Abang Ngah kami nak beraya rumah Ummi Aien BFF Ummi. Tapi Ummi Aien tak ada kat rumah. Jadi kami beraya rumah sepupu Babah di Bukit Batu.

Budak belakang tu dah gembira sangat jumpa Abang Fahim lepas tu Abang Fahim bagi dia LEGO. Kalau tak duk lah berzikir nama Abang Fahim tak sudah-sudah.

Budak ni pulak berangan nak bawa kereta hehehe.

Jenuh nak jumpa kuih batang buruk ni tau. Akhirnya bertemu si batang buruk ni masa beraya rumah Abang Din sepupu Babah di Bukit Batu. Wahhhhh rasa syok gila dapat makan batang buruk hehehe. Memang favourite Ummi batang buruk ni tapi jarang la beli untuk jadikan kuih raya kat rumah. Rasa lebih syok makan time beraya kat rumah orang hehehe.

Lepas balik beraya, malamnya Babah ajak menjejak kasihan kawan lama Babah masa kerja Sharp. Entrynya menyusul nanti ya.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 thoughts on “Aidilfitri 2017 – Beraya Batu Pahat (3 Syawal 1438H)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: