Aidilfitri 2017 – Beraya Batu Pahat (2 Syawal 1438H)

06/07/2017

BERAYA KE RUMAH ABANG SALLEH

Sambungan cerita beraya di Batu Pahat. Petang tu kami sempat beraya ke rumah Abang Salleh sepupu Babah. Ni bukan Abang Salleh Upin Ipin yang Jari Jemari Salleh tau hahaha. Tapi mula-mula dulu Ilham pun ingat rumah Abang Sally Upin Ipin ekekeke.

Masa kami sampai tu kebetulan Abang Zali sepupu Babah pun beraya ke sini juga anak beranak. Dua orang tu melekat kat Babah.

Ummi join team mak-mak duduk bawah hehehe.

Atok Tipah duduk atas dengan anak-anak buah kesayangannya.

Sebelum balik mari kita bergambar ramai-ramai.

Last but not least, bukan main romantik Atok Tipah dengan Abang Zali hahaha. Lepas tu kami terus balik rumah Atok Tipah malam sambung raya lagi.

BERAYA RUMAH KAK ANDAK

Malam kami sambung beraya ke rumah Kak Andak, kakak Babah. Sebelum tu sebenarnya beraya ke rumah Mok De makcik Babah dan sepupu Babah Abang Jamal. Tapi Ummi lupa snap gambar syok sangat makan kerepek pisang, nugget hahaha.

Sebelum balik aktiviti wajib adalah bergambar hehe. Anak buah semua dah tinggi nak lawan Pakcik.

Makcik nak juga selit muka. Tapi sayang gambarnya bergegar hahaha. Halallah ya hehe. Balik beraya marilah kita berehat esok nak pulun beraya lagi.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: